Saturday, June 13, 2015

Road to Pantai Timur

Assalamualaikum.


Cuti pertengahan penggal bakal berakhir lagi beberapa jam dan dalam cuti dua minggu ni ada la aku achieve few things yang aku rasa agak memuaskan. Kerja sekolah pula tak payah tanya. Benda tu dah menghantui aku selama dua minggu ni dan soalan-soalan dia cukup untuk buat aku tarik bantal dan tidur. Bukan bermaksud soalan-soalan dia senang tapi tahap susah dia tu tak dapat nak dijangkau oleh otak aku sehingga otak aku jammed, ini membuatkan aku rasa malas nak jawab dan sekaligus rasa mengantuk menjelma. Sehingga kini benda tu tak selesai-selesai lagi.

Jadi aku decide sebelum tahun 2015 ini berakhir, baik aku cerita cepat-cepat  pasal trip aku dan kawan-kawan ke Pantai Timur hampir dua bulan yang lalu. Ya, dah lama. Lapuk dah pun but better late than never, right? Sebelum baca, tarik nafas panjang-panjang dulu ya sebab untuk membaca keseluruhan entry ini akan mengambil sedikit waktu anda. Huhu.


16/4/2015

Aku akan ingat tarikh ni sampai aku nyanyuk sebab ia terlalu bermakna. Kami pergi pada hari Khamis, yakni hari yang sama sekolah mengadakan merentas desa. Jadi kami tak pergilah merentas desa. Alasan semata-mata sebenarnya. Kami memulakan perjalanan pada jam 10:20 pagi. Sebelum tu aku ada minta dekat cikgu nak pergi tandas. Bila aku keluar dari tandas, bas dah mula bergerak. So aku apa lagi, aku pun berlarilah kejar bas tu mengalah cerita hidustan. Time tu serius berdebar gila dengan semua barang aku ada dalam bas, tiba-tiba bas tu macam nak tinggal aku pula kan. Kalut habis. Tiba-tiba bas tu berhenti. Aku pun cepat-cepatlah naik bas. Buat penat aku ja lari padahal cikgu-cikgu yang lain pun tak naik lagi. Entah-entah driver bas ni saja nak dera aku, mentang-mentanglah aku tak pi merentas desa kan.

Bila perjalanan dah mula, cikgu ada la bagi penerangan sedikit itu ini dalam bas dan kebanyakan cikgu yang pergi ni aku kenal dan pernah ajar aku so takdalah rasa janggal sangat kalau ada apa-apa hal. Kami berhenti di RNR pada pukul 12 tengah hari untuk berehat sekejap dan sambung perjalanan sehingga berhenti di Banjaran Titiwangsa pada jam 1:50 petang. Sebelum ni aku ingat banjaran titiwangsa ni dekat kl, rupanya tak. Dia berdekatan dengan kelantan. Yang dekat kl tu tasik titiwangsa. Nampaknya aku ada belajar benda baru haritu. Kami solat jamak di situ dan kemudian sambung perjalanan sehinggalah sampai ke Terengganu tepat jam 5 petang. Nampak bertapa lamanya perjalanan dia? Cukup untuk membuat aku terlentok-lentok dalam bas. Tapi relaks, baru sampai Terengganu. Belum sampai resort lagi. Okey kita sambung lagi perjalanan sehingga kami sampai di Pandan Laut Beach Resort, Setiu pada jam 6:30 petang. Lamanyaaaaaaa perjalanan haih.


Ini resortnya.  Sumber : google huhu

Lepas dah sampai tu buat apa lagi nak termenung syahdu dalam bas, turunlah. Bila dah sampai tu masing-masing tarik beg sendiri. Satu bilik tiga orang. Aku kongsi bilik dengan kawan aku, Qis dan Fatihah. Mula-mula kami dapat bilik yang nunnn jauh di depan sana, jauh dari semua orang. No way! Takut kot. Bilik tu nampak menyeramkan sangat. Jadi abang pekerja tu suruh kami tukar bilik dengan driver bas. Katanya bilik tu nombor satu. Aku dah lupa nama bilik tu apa. Jadi kami pun pergilah cari bilik tuuu..



                                   


Haaaa jangan tertipu. Itu bukan bilik kami tau. itu bilik jiran sebelah, bilik budak lelaki. Katanya bilik ni paling kaya sebab lengkap dengan semua perabot. Bilik air pun ada dua tau. Habis mana bilik kami? heeee


krik...krikk...
sumber : gambar sendiri





Siapa gelak mohon esok pagi tumbuh bisul dekat mulut. Haaa jangan main-main. Kami dapat rumah ni la. Nombor satu katanya. Patutlah sebelum ni abang tu bagi dekat driver bas. Kalau aku tahu macamnilah rupanya hmm nggak sudi guwe mau trima. Sedih jugaklah, nak duduk tiga orang weh. Muat ker?! Ada dua tilam jaaa. Bilik lain ada katil siap tv siap petis ais lagi tau. Nak-nak lagi orang sebelah ni haaa. Aku tak tahulah macam mana rumah kami ni boleh berjiran dengan rumah orang kaya pula. Lagilah sedih. Kesian kami dibahan macam-macam sobs..sobs..tak apalah. Bersyukur dengan nikmat yang diberi hmm.



Hai rumah jiran sebelah :p
                                      


Selepas letak barang kami keluar jalan-jalan sekejap. Konsep resort ni cantik. Dia berkonsepkan kampung. Ada banyak pokok yang tinggi-tinggi, buaian dan ada satu telaga betul-betul sebelah bilik kami. Ikut hati rasa nak pergi tengok ja ada apa dalam telaga tu tapi alah bukan ada apa pun yang best. Tak payah tengoklah (padahal takut sebenarnya). Resort ni buat aku rasa macam balik cuti dekat kampung pula, padahal dekat tepi jalan ja pun dan yang pastinya dekat tepi laut jugak weheee.



Belanja sikit satu gambar. Qis tengok mana tu?

Dah puas ambil gambar, kami bertiga pun berjalan ke pantai yang hanya beberapa meter saja dari resort. Sampai saja dekat pantai, aku terkejut. Sungguh aku terpegun sangat tengok laut dia. Sebelum ni asyik tengok laut selat melaka saja. Sekali dah tengok laut china selatan, pergh terus jatuh cinta pandang pertama weh. Laut dia cantikkkkkk sangat. Kalau dah aku letak 'k' tu banyak sangat, memang tak tergambarlah kecantikan dia. Terlalu mempersonakan gitewww.



Aku silap. Tergambar rupanya kecantikan dia.


Belanja gambar lagi tapi tak payah tengok muka :p





Thank you Fatihah for the pictures and Qis for the phone :*

Lepas dah habis bersiar-siar dekat tepi pantai, kami balik bilik, bersiap dan solat. Pukul 8 malam, kami makan malam. Kemudian ada tazkirah sikit dari cikgu dan pada pukul 9:30 malam kami ada perjumpaan. Cikgu ada bagi tugasan dan kami kena present tugasan tu pada esok malam. Habis semua tu, apa tunggu lagi balik biliklah. Malam tu rancang nak stay up sebab Qis dan Fatihah nak buat kerja sejarah. Nampak tak datang bercuti pun nak bawa kerja sekolah (padahal tak siap kerja lagi huhu). Tapi semua tu terganggu tatkala kami terdengar bunyi sesuatu di atas bumbung. Haihh janganlah, rumah kami ni dah lah kecil. Tepi perigi pula tuuu. Bila bunyi saja benda tu, semua menggelupur duduk dekat-dekat. Last-last tak jadi buat kerja sekolah haha macam tak biasa pula. Malam tu aku tidur pukul 3 pagi sebab sibuk sangat bersembang dengan si Fatihah ni.


17/4/2015

Sebab dah janji dengan cikgu pukul 7, jadi kami bangun pukul 5:30 pagi dan yang pastinya orang yang tidur pukul 3 tulah yang bangun awal sekali uhuk uhuk. Lepas dah siap semua, kami bersiar-siar. Udara pagi dia ya ampun nyaman sekali tak terungkap dengan kata-kata dari bibir. Bunyi cengkerik sana sini buatkan suasana kampung tu semakin menonjol-nonjol. Aku suka! Aku suka!


Kanak-kanak detected.

Perjalanan hari kedua dimulakan. Kami berhenti bersarapan di sebuah kedai pada jam 8 pagi. Sedang aku tengah syok makan nasi lemak dengan milo ais kaw-kaw punya, tiba-tiba ada sorang awek cun ni catwalk depan aku. Aku pun tengoklah dia, lawa orangnya. Yang paling penting mata dia. Aku terfikir dia pakai contact lens ke? sebab aku paling benci orang yang pakai contact lens kalau niat dia untuk melawa. Bila ditenung lama-lama, baru perasan omputeh rupanya. Tapi pakai tudung. 



                                 


Rupa-rupanya dia pelajar pertukaran luar negara  yang kerja tebar roti canai dekat Kedah tu. Siapa tak kenal tu, nampak sangat tak tengok berita kan kan. Tak sangka dapat jumpa dia dekat  sini. Tapi dia datang sini nak bercutilah kot dengan keluarga angkat dia. Aku nampak mewah betul kereta keluarga dia tu. 

Habis sarapan, kami teruskan perjalanan dari Setiu ke Kuala Terengganu dan berhenti di masjid Kristal pada jam  10 pagi. Kalau tadi dekat laut, sekarang sekali lagi aku terpegun depan masjid. Kaku gila. Selama ni dapat tengok dalam tv saja tapi sekarang depan mata. Patutlah orang suka sangat masjid Kristal sebab cantik sangat. Nak masuk tandas dia pun rasa sayang nak pijak lantai sebab bersih dan wangi sangat. Masuk saja masjid dia, masyaAllah cantik dan selesa. Kami sempat tunaikan solat Dhuha pada pagi itu. Aku rasa berat sangat nak keluar dari masjid tu tapi apakan daya, cikgunya memaksa.










Perjalanan diteruskan lagi dan kami tiba di muzium Terenggangu pada jam 10:45 pagi. Muzium dia bapak besar mengalahkan istana sebab konsep dia memang macam tu. Dia punya muzium luas gila dan mungkin memerlukan masa dua hari untuk cukup tawaf satu muzium. Tapi masa yang diberikan kepada kami hanyalah satu jam sobs..sobs. 


Sumber : google lagi..


Haaa nampak dia punya bertingkat-tingkat sampai boleh longgar lutut nak berjalan. Dia ada beberapa bahagian di mana terdapat pameran yang berbeza-beza. Aku, Qis dan Fatihah berjaya jugalah melawat sebahagiannya iaitu A berkaitan dengan tokoh-tokoh, B lukisan dan haiwan yang diawet dan C bahagian organ manusia dan bayi yang diawet. Geli gila tengok dan agak berbau tapi best. Serius cakap, satu jam memang tak cukup. Cikgu sampai kena telefon kami suruh keluar. Punyalah khusyuk membuat rondaan katakan.

Pada pukul 12 tengah hari, kami berhenti di tepi jalan untuk membeli keropok losong. Aku pun join lah sama membeli. Buah tangan dari Ganu katanya. Pukul 12:30 tengah hari kami sampai di Pasar Payang. Driver bas tinggalkan kami dan cikgu-cikgu di situ sementara kaum adam ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Berjalan-berjalan juga, kewajipan jangan ditinggal. Punyalah excited nak shopping, tengok-tengok banyak kedai yang tutup sebab solat Jumaat katanya. Sedih tapi aku tabik spring jugalah dekat orang Ganu ni. Kami cuma jalan-jalan saja dekat situ dan singgah saja mana-mana kedai yang buka. Last-last semuanya terduduk dekat surau sebab penat. Mungkin penat melawat muzium tak habis lagi.

Habis solat Jumaat, driver bas pun datanglah ambil kami. Semua sebulat suara nak balik resort. Penat dah tak tertanggung. Sebelum balik resort, sempat kami singgah di kedai makan berdekatan resort kami. Dekat situ dia jual macam-macam makanan laut goreng. Aku dengan Qis beli sotong goreng. Yang bestnya, kami semua makan beramai-ramai dekat tepi pantai berhadapan laut. Bunyi ombak dan angin petang yang sepoi-sepoi memang sangat menyeronokkan. Memang tak tergambar feeling tu dan yang pastinya aku sangat rindu.

Kami sampai di resort pada pukul 4 petang. Rehat-rehat sekejap kemudian pukul 4:30 petang kami keluar. Pergi mana lagi kalau tak ke pantai. Ini moment yang paling seronok yang aku alami sepanjang trip ni. Aku berjalan ke pantai berdua dengan Qis. Fatihah dah tunggu siap-siap dekat pantai dengan kawan-kawan yang  lain. Kami buat apa lagi? Mestilah main air.












Excited sangat jatuh pulak kang. Ada juga yang main bola tampar. Kami duduk, baring dekat tepi pantai tu, bila ombak datang masing-masing menjerit sebab ombak dia memang kuat sampai air tu naik paras bahu wooo. Dan yang paling best kami tanam cikgu-cikgu dalam pasir. Serius selama ni aku hanya tulis benda-benda macam ni dalam karangan dan sekarang aku merasainya sendiri. Rasa macam nak nangis tulis dalam diari tau haha. Lupa habis dekat tugasan yang perlu dibentangkan malam tu.

Pukul 7 malam kami balik bilik. Bersiap untuk solat dan kami makan malam pada pukul 9. Selepas makan, kami ambil masa satu jam untuk berbincang. Tugasan ni agak mencabarlah sedikit. Kami kena reka satu logo dan terangkan maksudnya. Lepastu kena lukis pokok-pokok yang ada di sekitar resort dan last sekali kami kena menyanyi lagu patriotik. Aku tak tau manalah cikgu korek idea semua ni tapi agak seganlah sebenarnya sebab kena menyanyi bagai. 

Pukul 10 malam, perbentangan dimulakan. Berdebar-debar jugalah rasanya sebab semuanya last minit. Dengan lirik lagu apa pun tak hafal. Nak tengok internet, internet takda pula. Bila dah dapat lirik, bateri handphone nak kong pula. Macam-macam hal lah. Last-last present ikut kata akal saja. Apa yang terfikir cakap saja. Nyanyi pun main bantai saja. Nasib baik betul juga. Dan cikgu-cikgu suka juga dengan perbentangan kami yahoo bravo kawan-kawan.

Begitulah berakhirnya hari kedua. Semua bersurai ke bilik masing-masing tepat jam 11 malam.


18/4/2015

Hari yang ketiga, hari yang terakhir. Kami bangun seawal 5 pagi dan bersarapan pada jam 6:30 pagi. It's time to say goodbye. Berat juga rasa hati nak melangkah pergi. Aku pandang saja pintu bilik tu sambil cakap dalam hati bye-bye I gonna miss you. Walaupun mula-mula rasa tak best gila dapat bilik tu dengan aircond dia yang rosak, katil takda, bilik kecil tapi bila dah duduk lama-lama rasa suka. Macam yang cikgu kata, bukan selalu boleh duduk tempat macam ni. Kalau nak duduk macam rumah sebelah tu, baik balik duduk rumah sendiri lagi seronok.

Selepas selesai bersarapan kami bertolak ke Kelantan pada jam 7:45 pagi. Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah sampai lagi pun dekat pantai timur ni. Jadi bila dah sampai tu dia rasa macam cuak sikit. Dan aku agak terkejut bila aku sampai dekat Kelantan ni, hampir semua iklan yang terpapar mesti akan ada tulisan jawi walaupun iklan Hotlink sekalipun. Haaa nampak tak bertapa padunya kelate.

Kami singgah sebentar di Pasar Khadijah pada jam 10:45 pagi. Turun saja bas, apa lagi berjalanlah semua berderek-derek. Apa yang aku suka bila pergi trip ni, setiap kali nak pergi mana-mana, cikgu mesti bagi kebebasan pada kami. Cikgu percayakan kami. Jadi ikut suka nak berkeliaran ke mana sahaja. Janji semua sampai dekat bas tepat pada waktu yang ditetapkan.

Bila aku masuk Pasar Khadijah ni, nak-nak lagi bila naik tingkat-tingkat atas tu, aku terus korek duit dan sedihnya duit aku hanya tinggal seberapa saja. Manalah cukup nak berbelanja sakan. Jadi aku, Qis dan Hanis, kami bertiga berjalan ke kawasan di mana makanan dijual. Kalau benda-benda lain tak mampu nak beli, haaa yang ni mampu.

Aku ada beli beberapa makanan dan ada suatu ketika ni aku nak beli teh ais, jadi aku cakaplah dekat kakak tu, "Kak, nak ayaq teh ais.". Kakak tu pandang aku lama. Dia siap cakap, "Hah? Ayaq?" Okey aku lupa aku ada dekat mana sebenarnya. Terbawa-bawa pula loghat utaqa dekat sini. Jadi aku pun ulanglah balik, "Kak, nak air teh ais." Aku tekan dalam sikit perkataan air tu. Kalau kakak tu tak faham juga, tak tahulah aku nak kena guna bahasa apa pula lepas ni. Bila kakak tu hulur teh ais tu, aku nampak plastik teh ais tu agak kecil berbanding di Kedah tapi tak apa, aku ambil juga. Bila aku tanya berapa, kakak tu cakap "3 amah." Aku telan air liur. Terkejut. Takkanlah teh ais plastik kecil ni pun sampai tiga ringgit. Rasa macam nak lari balik Kedah minum air dekat sana, kemudian lari balik datang sini selesai. Kakak tu senyum. Dia kata "Tak faham ke? seringgit lima puluh sen lah" Fuhhh mati-mati ingat tiga ringgit tadi. Kami pun bayar dan cari tempat duduk untuk makan. Benda baru lagi aku belajar haritu.

Lepas makan kami turun bawah. Jalan-jalan dekat situ. Sempat juga aku beli dua helai t-shirt. Tengok baki duit ada lagi tujuh ringgit. Okey dah tak nak beli dah, dah pokai. Aku nampak ramai kawan-kawan aku yang bertenggek dekat satu kedai handmade ni, jadi kami pun joinlah sekali. Akak tu jual barang cute-cute gila. Dia suruh follow dia punya account facebook tapi aku dah lupa nama dia pula. Aku tak beli, cuma tengok-tengok saja. Masih ingat lagi duit hanya tinggal tujuh ringgit saja.


Kakak tu suruh kami ambil gambar, jadi jangan lepaskan peluang.

Pukul 12 tengah hari semua berkumpul di bas dan kami memulakan perjalanan ke Pasir Mas pula. Ini baru tujuan utama kami datang ke sini. Iaitu memberi bantuan kepada mereka yang pernah terlibat dalam banjir tahun lalu. Kami sampai di sebuah masjid pada pukul 12:45 tengah hari. Aku dah tak ingat nama masjid tu apa. Yang aku tahu masjid tu jauh dalam kampung. Kami berjalan beramai-ramai ke masjid itu.






Walaupun tok bilal dekat sini cakap kelantan tapi aku fahamlah juga sikit-sikit. Dia kata dulu masa banjir air naik paras tinggi sangat tapi dekat masjid ni air naik betul-betul paras tangga saja. Aku tengok kawasan sekeliling dia kebanyakannya berselerak dan dah rosak tapi masjid ni masih kekal utuh dan elok. Kuasa Allah, tak ada siapa yang dapat tandingi. Bantuan yang diberi ialah beberapa sejadah, telekung dan yaasin. Waktu cikgu Khalilah hulurkan bantuan kepada tok imam masjid tu, cikgu minta supaya tok imam tu doakan kejayaan anak-anak badlishah. Cikgu cakap sampai menangis tau. Aku terkedu sebentar. Tak pernah aku tengok cikgu dalam keadaan macam tu selama ni. Aku nampak cikgu betul-betul nak kami semua ni berjaya. Terima kasih cikgu.

Kami solat jamak di situ dan beransur pergi selepas mengambil gambar. Banyak benda yang aku dapat belajar haritu. Keikhlasan dan sedikit bantuan mungkin dapat membantu meringankan sedikit beban seseorang. Mungkin hari ni kita tolong orang, nanti-nanti orang tolong kita pula. Jadi jangan berkira sangat.

Pada jam 2 petang kami berhenti makan dan sambung perjalanan pada pukul 2:40. Selesai sudah misi dan lawatan kami. Sekarang road to Kulim pula. Macam yang aku cakap tadi, banyak benda yang aku dah belajar selama lawatan ini. Serius cakap, aku tak menyesal pun pergi. Memang best sangat. Masa bersama kawan-kawan, bersama cikgu, melawat tempat-tempat yang menarik, laut yang memukau, aku tak akan pernah lupa semua tu. Dapat juga rapat dengan kawan-kawan yang sebelum ni langsung tak pernah tegur. Sebenarnya banyak benda lagi yang berlaku tapi aku ringkaskan saja dalam entry ni. Terima kasih semua, terima kasih cikgu.

Setelah berjam-jam duduk dalam bas, akhirnya kami sampai di Kulim pada jam 8:45 malam. Lupa pula esok tu Ahad dah sekolah pula. Berat rasa nak turun dari bas, kalau boleh nak bas tu jalan lagi tapi apakan daya. Nak kena halau dengan driver try lah.

Jadi aku pun balik ke rumah dengan kenangan yang tersimpan. Ini merupakan trip ketiga aku selama aku di sekolah menengah. Cuma kali ni pergi tiga hari, yang sebelum-belum ni pergi sehari saja. Jadi pengalaman dan memori tu mestilah lagi banyak dan akan selalu aku rindu. Satu hari nanti aku nak datang Terengganu balik tapi bukan Setiu. Kita pergi Pulau Perhentian pula. In shaa Allah kalau ada rezeki. Thank you :)

Friday, June 12, 2015

Manusia biasa.

Andai aku punya kuasa
Aku ingin hentikan masa.

Andai aku punya kuasa
Aku ingin hari manusia
sentiasa bahagia.

Andai aku punya kuasa
Aku ingin kejayaan
sentiasa melakar nama.

Andai aku punya kuasa
Aku ingin meneroka dunia
dalam sekelip mata.

Andai aku punya kuasa
Aku ingin mencecah lautan biru
yang luas dalamnya.

Andai aku punya kuasa
Aku ingin mencapai langit
yang tinggi di sana.

Andai aku punya kuasa
Aku tidak ingin siapa pun manusia
yang meninggalkan dunia.

Namun aku tak berdaya
Untuk menghalang
Segala ketentuan-Nya.

Aku tidak punya apa-apa.


Aku hanyalah, manusia biasa.

Tuesday, June 09, 2015

Cerpen : Hero Misteri


                          


PELUH yang merenek di dahi aku lap dengan hujung lengan. Cuaca yang agak panas hari ini dengan cahaya matahari yang memancar membuatkan aku tidak senang duduk. Ditambah pula keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan sana sini. Sesekali kedengaran hon berbunyi yang diselang-seli dengan pekikan manusia yang pelbagai ragam.

"Nak berhenti tu tekanlah brek. Takkan itu pun nak kena ajar!" jerit pemandu lain.

Jeritan itu aku anggap seperti angin yang lalu. Walaupun hakikatnya cukup untuk membuat telinga aku berdesing. Aku mengerling jam di tangan sekilas. Sudah lewat! Habislah aku kali ini. Merajuk pula la si Suhaila tu.

"Orang nak bawa kereta, kau nak selfie pergi balik rumahlah woi!" kedengaran satu suara pemandu dari seberang pula.

Keluhan berat aku lepaskan. Sabar..sabarlah wahai diri. Sesak betul jalan raya hari ini. Waktu puncak macam ni memanglah banyak kereta. Salah aku juga, padan muka!

"Hoi! Jalanlah cepat sikit. Itu pun lembab macam kura-kura!" jerkah pemandu kereta di sebelah. Terkejut aku mendengar suara tu. Gayanya seperti sedang menengking aku pula. Aku jelingnya melalui ekor mata.

"Ish, tak guna betul manusia zaman sekarang. Otak ada tapi letak dekat buku lali." tambah pemandu itu lagi.

Amboi bang, sopannya bahasa? Sekolah mana dulu? Bunyi hon yang bertalu-talu di belakang membuatkan kepala aku terasa pening. Telinga aku pun rasa macam mahu pekak. Sudah! Aku sudah tidak tahan lagi! Aku turun dari skuter merah aku dan menoleh ke arah belakang sambil bercekak pinggang. Dapat aku lihat berpuluh-puluh kenderaan lain yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas sama seperti aku. Cuma aku sedikit sabar, tidak seperti mereka.

"Encik di sana!" Aku tuju tepat ke arah kereta Pesona yang berwarna hitam itu.

"Tolong diam boleh tak?! Kereta tu memang dah tersedia brek. Tahulah pemandu dia nak tekan. Yang encik terpekik terlolong tu, ingat dia dengar ke?!!!!"

Suara aku lantang. Cukup untuk membuat lelaki itu dengar dengan jelas. Nampaklah juga wajah tercengangnya itu. Ambik kau! Puas hati aku. Hihihi

"Abang dekat sebelah ni pula." Kali ini aku dedikasikan pula kepada pemandu kereta yang berada di sebelah aku ni. Aku lihat dia menurunkan sedikit cermin mata hitamnya. Ewah, hebat kau! Bawa kereta pun nak pakai cermin mata. Bukannya panas pun. Lainlah macam aku ni, naik skuter je. Menyampah aku.

"Bang kura-kura lawan dengan arnab, kura-kura yang menang tau. Memandangkan abang ni kaya sangat dengan budi bahasa, apa kata abang jalan saja kaki. Tak ada la abang terpaksa hadap dengan semua kura-kura yang lembab ni, saya pun tak sakit hati." Nah! Power tak ayat aku? Habis keluar cerita dongeng semua. Saat ini aku rasa semua mata sedang memandang aku. Termasuklah bangla yang sedang berjalan di lorong tepi sana.

"Kau siapa perempuan? Suka hati akulah nak naik apa pun. Alamak..kecoh pula dia. Dah mereka memang lembab, otak letak dekat mana entah." balas lelaki itu. Aku senyum sinis. Makin melampau nampak? Haih panas pula hati aku.

"Abang, ni saya nak ingatkan ni. Otak manusia bukan di buku lali tau tapi di kepala. Iman manusia pula di sini, di dada. Sabar itu separuh dari iman. Kalau abang nak cepat-cepat sangat, pergi naik roketlah. Baru boleh cepat sampai. Tak payah bazir minyak naik kereta,ya? Sekian saja tazkirah percuma saya pada tengah hari ini, assalamualaikum."

Usai saja berkata-kata, aku terus kembali ke skuter aku. Lantaklah apa orang lain nak kata. Aku cuma memberi nasihat. Ikut sukalah nak dengar ke tak. Asalkan hati aku puas. Pedal minyak terus aku pulas tatkala lampu bertukar hijau. Sibuk sangat tazkirahkan orang, lupa pula pada tujuan utama aku.



SECAWAN milo ais bersama sepinggan mi goreng aku letak dengan berhati di atas meja. "Terima kasih." ujar pakcik itu.

"Sama-sama." Aku tersenyum. Selesai menghantar makanan aku kembali semula ke dapur. Mahu mengemas sedikit dapur yang berselerak.

"Min, Cik Ros mana?" soal Am tiba-tiba. Am ialah pekerja aku. Dia bekerja sebagai tukang buat air. Nama penuh dia ialah Amsyar Mustaqim. Nama punyalah glamour tetapi dia tetap berkeras suruh kami semua panggil dia Am. Katanya, ringkas dan mudah. Hmm suka hati kaulah, Am.

"Aku nampak mak macam letih je. Jadi aku suruhlah dia balik." Am hanya mengangguk-angguk mendengar jawapan aku.

"Hah, Su tu pula dah kenapa?" soal Am lagi.

"Biasalah tu, macamlah kau tak tahu." Kali ini aku lihat Am  menggeleng pula. Pintu peti sejuk aku buka. Aku masukkan beberapa bahan dan sayur-sayuran yang baru aku beli. Aku susun bahan-bahan tersebut dengan elok.

"Kau tak bolehlah macam tu. Suhaila tu kan budak lagi. Kalau kau biar dia tunggu sorang-sorang dekat sekolah tu kan bahaya. Yang kau selalu sangat lambat ni dah kenapa?" Entah kenapa Am tiba-tiba sahaja nampak seperti naik angin. Aik, marah aku ke?

"Kau pun tahu kan aku pergi mana. Bukannya aku pergi berjoget-joget inang dekat kedai runcit tu. Aku pergi beli baranglah. Lagipun aku banyak lagilah hal yang nak kena uruskan. Mana nak jaga kedai lagi, mana nak ambil adik-adik balik sekolah lagi. Aku ni ada dua tangan, dua kaki saja tau." Aku membalas geram. Sepatutnya si Am ni bagi sokongan moral pada aku, bukannya membidas aku. Hish!

"Aku tahulah benda tu. Tapi aku tau kau kuat, kau boleh harungi semua ni. Kau kan superwoman." ujar Am sambil tersengih-sengih.

Akuu hanya menjeling. "Superwoman abah kau! Dahlah, aku nak pergi depan kejap." Kain buruk di tangan aku baling kepadanya. Yang seronoknya, tepat terkena mukanya. Ini barulah superwoman. Am menarik muka masam. Eleh, ingat kacak sangat ke bang?

Aku mengatur langkah ke arah meja yang ditinggal pelanggan. Pinggan-pinggan yang telah digunakan aku susun dengan cermat dan bawanya ke dapur. Aku ke depan kembali dengan sehelai kain buruk di tangan. Pastinya kain buruk yang telah dilempar kepada Am tadi. Aku lap meja itu. Kemudian kerusi-kerusi aku susun dengan baik dan teratur. Siap!

"Dik, order!" laung seorang pelanggan.

Aku keluarkan kertas dan sebatang pen dari poket apron, bersedia untuk mengambil pesanan. "Weh, kita buat apa dekat sini?" suara seorang lelaki. Walaupun keadaannya seperti sedang berbisik, namun aku masih boleh mendengarnya dengan jelas. Aku mengangkat muka memandangnya.

"Nak makanlah, nak buat apa lagi." balas rakannya.

"Dekat tepi jalan ni? Kau agak-agaklah."

Aku terkedu mendengar kata-katanya. Dekat-tepi-jalan-ni? Cantik gila soalan dia. Cukup untuk membuat hati aku panas. Aku pandang lantai dan siling kedai. Bersih! Bohonglah kalau aku kata sekuman habuk pun tiada tapi tetap tidak kotor. Lagipun bagus apa tepi jalan, udara segar tau. Bukannya jalan raya besar pun. Bajet betul mamat ni.

"Apa masalahnya? Orang kata laksa dekat sini sedap. Kan dik?" soal lelaki itu tiba-tiba. Aku tergamam. Buat tanya pendapat aku pula. Kalau nak makan, pesan sajalah. Tak payahlah nak tanya-tanya bagai. Yang kawan dia dekat sebelah ni dah kenapa? Dari tadi asyik pandang aku macam nak cari gaduh je. Kau jangan, ni kedai mak aku punya tau.

"Aku order laksa untuk kau ya, Fid?"

Bagaikan baru tersedar dari mimpi, lelaki itu memandang rakannya. "Kau pasti ke? Kalau tak sedap siap kau."

"Yelah, aku gerenti punya sedap. Err..dik, bagi laksa satu, mi goreng satu dan teh ais dua ya."

Aku tulis pesanan dengan pantas. Selesai mengambil pesanan, aku kembali ke dapur. Sebelum itu sempat aku menyuruh Am untuk membuat dua teh ais.

Pertama sekali, aku perlu menggoreng mi. Jadi, aku panaskan kuali dahulu. Selalunya tugas memasak ini diserahkan kepada mak. Aku hanya mengambil pesanan dan  mengemas apa yang patut. Tapi disebabkan hari ini aku lihat mak seperti kurang sihat, jadi aku menyuruhnya pulang. Kesimpulannya, akulah yang kena ambil alih tugasnya sekarang. Bukannya aku tidak pandai memasak tapi masakan aku tidak sehebat mak. Tapi tidak mengapa. Hari ini kita cuba nasib dahulu.

Setelah semuanya siap, aku letakkannya di atas dulang. Aku merenung laksa yang telah siap aku buat. Tiba-tiba timbul idea jahat di benak fikiranku. Aku tersenyum lebar. Dulang, aku angkat dan bawanya keluar. Tiba di meja tempat lelaki-lelaki itu duduk, aku letakkan makanan yang dipesan dan segera lari semula ke dapur. Di sebalik dinding dapur, aku mengintai mereka sedikit. Rasa mahu pecah perut aku melihat muka kelat lelaki sombong itu. Haaa rasakan kau. Kalau tak makan, siap kau!

"Weh, apa benda ni?" soal lelaki itu. Terhenti suapan rakannya.

"Apa?"

"Kenapa ada ikan sekor dalam laksa aku ni?" Lelaki itu mengangkat ikan yang ada di dalam mangkuk itu.

"Ish, kau buat apa tu? Letaklah balik." arah rakannya.

"Tak naklah aku makan. Entah hidup ke mati ikan ni. Geli aku nak makan. Dahlah aku nak balik hospital."

 Bulat mata aku tatkala melihat mangkuk laksa itu ditolak jauh. Hampeh betul. Penat aku buat, kau tolak mentah-mentah eh? Kurang asam jawa betul. Ikan tu dah matilah sebab aku yang rebus dia. Apalah, baru nampak ikan sekor dah gabra.

"Eh, kau jangan macam ni Fid. Habis sapa nak bayar ni?" Aku menggeleng-geleng. Kesian. Dah gaduh pula dua orang mamat ni.

"Kau yang pesankan, kaulah yang bayar." Ujar lelaki itu lalu terus melangkah pergi. Aku lihat rakannya itu memanggil Am dan mengeluarkan beberapa keping wang. Kemudian dia turut sama melangkah pergi.

Selepas keadaan kembali reda, aku keluar dari dapur sambil tersenyum. "Apasal tu?" sengaja aku bertanya.

"Entahlah, tergesa-gesa nak pergi mana pun aku tak tahu." jawab Am. Bersorak senang aku dalam hati. Baru padan muka kau. Tadi tak nak sangat makan dekat kedai tepi jalan ni kan? Haa sekarang kau boleh jalanlah! Mamat sombong.

"Aik, kenapa tiba-tiba ada ikan pula dalam ni? Kau buat apa ni, Min?" soal Am.

"Ada la, resepi aku sendiri. Kau apa tahu?" Pinggan dan mangkuk di atas meja aku angkat dan bawanya ke dapur, meninggalkan Am yang kebingungan. Dapat aku lihat lipatan-lipatan kerutannya di dahi. Kalau aku cakap aku saja, agak-agak dia report tak dekat mak aku? Sebab aku tahu dia akan reportlah, aku tak nak beritahu. Heee


AKU ambil botol minyak angin dan menuangnya  ke tangan. Tak ada? Aku goncang-goncangkan lagi botol itu kuat-kuat. Namun tetap tiada. Keluhan aku lepaskan. Masa-masa macam ni lah minyak angin ni nak habis pun. Aku menoleh memandang mak yang terbaring lesu di atas katil. Hati aku terasa terobek melihat keadaan mak. Sungguh, aku tidak sanggup melihat mak begini. Aku ingin mak sembuh dan sihat kembali seperti dahulu.

"Mak.." panggil aku perlahan. Mak membuka matanya dan tersenyum kepadaku. Jujur aku kata, bagi aku senyuman maklah yang paling menawan yang pernah aku lihat. Biarpun tubuh itu digigit kesakitan, namun mak masih mampu tersenyum. Aku sungguh kagum melihat ketabahan mak.

"Su cakap mak tak makan ubat lagi. Mak makan sekarang ya? Min ambilkan mak ubat." Aku mahu bangun tapi langkahku terhenti saat tangan aku disentuh lembut oleh mak.

"Tak payahlah Min, mak okey ni." Mak cuba untuk bangun tapi segera aku halang.

"Mak tak bolehlah macam ni. Kalau mak nak cepat sembuh, mak kena makan ubat." Laci kecil di sisi katil aku buka. Plastik yang mengandungi ubat-ubat mak aku ambil dan keluarkan.

"Eh, ubat mak dah habislah. Kenapa mak tak beritahu Min?" Patutlah keadaan mak semakin lemah, rupanya ubatnya sudah habis. Si Suhaila pun langsung tidak memberitahu aku. Ini pasti sudah berkomplot dengan mak supaya tidak beritahu aku.

"Tak apalah Min. Kalau mak makan ubat-ubat tu semua, bukan mak boleh sembuh pun." Tergeleng-geleng kepala aku mendengar kata-kata mak.

"Mak tunggu sekejap, Min nak keluar beli ubat."

Aku ke bilik untuk mengambil tudung. Kunci skuter aku capai. Sempat aku berpesan kepada Akif, adik bongsu aku supaya tengok-tengokkan mak di rumah. Skuter aku hidupkan dan aku undur perlahan keluar dari pagar rumah.

Pintu farmasi aku tolak dari luar. Dapat aku lihat Kak Lisa yang tersenyum manis melihat kehadiran aku. Jika ingin membeli ubat mak, aku akan membelinya di sini sehingga pekerja-pekerja di farmasi ini pun sudah mengenali aku. Siap jadi kawan lagi tau. Nampak tak bertapa ramah dan mesranya aku?

"Nak beli ubat lagi ya, Min?" soal Kak Lisa sopan.

"Ya, macam biasalah untuk mak." jawabku.

"Macam mana keadaan Cik Ros sekarang ni?" Kebanyakan orang yang mengenali mak pasti akan memanggilnya Cik Ros. Ini kerana aku yang suruh. Sehinggakan kedai kami pun bernama Kedai Cik Ros. Gempak tau.  Kenapa cik? Kenapa tidak puan? Sebab kalau panggil cik nampaklah muda sikit. Heee

"Macam tulah Kak Lisa. Tak berubah. Mak selalu sangat tak nak makan ubat. Tu yang Min risau tu." ngadu aku. Aku sudah menganggap Kak Lisa seperi kakakku. Jika ada masalah, pasti aku akan berkongsi dengannya. Sikapnya yang ceria dan baik membuatkan aku senang bergaul dengannya.

"Akak rasa Min kena bawa juga mak pergi hospital. Kalau dekat sana senang sikit, ada doktor-doktor pakar yang bolehlah jagakan mak."

"Min dah banyak kali ajak mak tapi macam biasalah, mak tetap tak nak." Kedengaran pintu farmasi ditolak. Perbualan kami terhenti. Kak Lisa mendekati pelanggan itu. Tiba-tiba aku baru teringat akan minyak angin yang sudah habis. Terus aku melangkah ke rak-rak yang tersusun minyak-minyak gamat dan angin. Satu kotak bersaiz kecil aku ambil dan membawanya ke kaunter.

"Berapa kak?" tanya aku.

"Min tak payah bayar, ada orang dah tolong bayarkan." Aku terkejut. Siapa pula yang murah hati sangat bayarkan ni?

"Siapa yang bayar kak?"

"Pelanggan yang baru masuk tadi tu lah. Akak nak panggil Min tadi tapi dia cakap tak apa, dia boleh bayarkan." Aku terkejut lagi tapi kali ini terkejut kuasa dua. Pelik. Kenapa dia bayar? Aku tak minta pun. Dia ingat aku papa kedana sangat ke sampai tak mampu nak bayar. Ish siapa pula pembayar misteri ni? Kacau betul jiwa aku. Tak sempat pula tu nak cakap terima kasih tolong bayarkan.

"Tak apalah kalau macam tu, Min balik dulu. Bye!" Ubat-ubat yang sudah diletakkan di dalam plastik aku ambil di atas kaunter.

"Err..Min, tunggu sekejap."

"Kenapa?" soal aku. Kenapa pula Kak Lisa ni? Orang dah cakap bye dah kan. Takkan dia nak cakap see you tomorrow pula.

"Ubat memang dah bayar....tapi minyak angin tu dia tak bayar sekali tau." ujar Kak Lisa dengan sengihan yang nampak sangat dibuat-buat.

"Yeke?" Alang-alang nak bayar sangat, bayarlah semua sekali. Separuh-separuh pula dia. Ish melampau betul aku ni. Diberi sejengkal hendak sehasta pula. Aku kembali semula ke kaunter untuk membuat bayaran.


ENJIN skuter aku matikan. Helmet di kepala aku buka. Tudung yang senget-benget aku perbetulkan sedikit. "Akif tunggu sini. Akak nak pergi bank sekejap."

"Alright sis." Balas Akif tersenyum. Aku mengatur langkah ke arah bank. Pintu aku tolak dari luar. Mujur hari ini tidak terlalu ramai orang. Boleh aku ambil cepat-cepat. Tidak perlu beratur panjang-panjang. Selesai mengambil, aku keluar dari bank. Beg sandang yang disilang tepi aku buka. Dompet aku keluarkan.

Tiba-tiba seorang lelaki datang melanggar bahu aku dan.."Woi! Duit aku! Woi, pencuri! Pencuri!" Jerit aku kuat, berharap ada yang mendengar dan datang menolong. Namun hampa. Keadaan di situ kelihatan lengang. Kalau ada yang dengar pun mereka hanya menoleh, kemudian berlalu pergi. Memang kurang moral betul masyarakat sini. Dengan tenaga dan stamina yang telah aku tinggal lama sejak zaman sekolah dahulu, aku kerja pencuri itu sedaya upayaku. Tak akan aku biarkan dia terlepas. Duit aku tu kot!

Aku kejar dan terus kejar sehinggalah masuk satu lorong yang sepi. Kosong. Aik, mana pula penyangak tu pergi? Tadi ada je depan aku ni, sekarang hilang pula. Lipas kudung betul. Aku sumpah tak halal kau makan duit tu tau. Tak guna punya pencuri!!! Aku sepak batu di jalan sekuat hati. Aduh! Terduduk aku di atas jalan. Kaki yang terasa sakit aku pegang. Apa aku nak buat ni? Aku baru je ambil duit tu, sekarang lesap macam tu je. Kenapa malang sangat nasib aku hari ini? Keluhan berat aku lepaskan. Teringat akan Akif yang aku tinggalkan, aku bangun dari dudukku. Risau pula terjadi apa-apa padanya.

Selepas saja hantar Akif ke rumah, terus aku ke kedai. Takut aku kalau mak tanya kenapa aku nampak selekeh semacam je. Tak sanggup aku beritahu perkara sebenar.  Aku berjalan masuk ke dalam kedai dengan lemah. Sewaktu aku menuju ke kaunter, aku berselisih dengan seseorang. Lelaki itu tersenyum padaku. Ceh, gatal! Tapi aku macam pernah nampaklah lelaki tu...oh dia, lelaki yang datang dengan kawan dia yang sombong tu.  Sorang saja dia hari ini. Mesti kawan sombong dia tu tak sudi dah nak datang kedai aku ni. Bajet betul.

Sewaktu aku hendak ke dapur, aku terasa seperti nampak sesuatu. Aku undurkan sedikit langkahku. Aku lihat ada sekuntum bunga ros di atas kaunter. Bunga siapa pula ni? Aku menoleh memandang Am yang sibuk mengemas meja.

"Am, bunga siapa ni?" Sepi. Am tidak menjawab soalanku, malah dia langsung tidak menoleh ke arah aku. Khusyuk benar dia buat kerja.

"Am!!!!!" Jerit aku.

"Apa?" soal Am sepatah. Punyalah malas dia nak buka mulut. Eh menyampah pula aku.

"Kau tahu tak ni bunga siapa? Aku jumpa atas kaunter ni lah."

Kali ini baru Am memandang ke arah aku. "Err..entahlah. Pelanggan punya kot." jawabnya, kemudian dia sambung mengelap meja kembali.

Pelanggan punya? Memangnya siapa yang lalu sini? Tadi sewaktu aku berjalan masuk, aku nampak lelaki yang datang haritu. Er..takkan dia punya kot? Aku nampak seperti ada cebisan kertas di sebalik kelopak bunga itu. Terus aku tarik. Eh ada nota kecillah!

engkau memiliki nama
seindah persona mu,
secantik akhlak mu,
seikhlas hati mu,
nur yasmin.


Aku tampar pipi aku dengan kuat. Tidak cukup sekali, aku tampar lagi untuk kedua kalinya. Ya, aku masih sedar. Aku tidak bermimpi. Bunga di tangan aku pandang lama. Siapa pula yang ringan tulang sangat hantar aku bunga ni? Aku tak suruh pun. Siap dengan ayat-ayat puitis dia lagi. Ish, saspen betul. 

"Min, kau okey ke?" soal Am tiba-tiba di belakang. Cepat-cepat aku sorokkan bunga dan nota itu ke dalam beg aku. Kalaulah si Am ni tahu aku yang kayu ni dapat bunga, habis satu kedai ni dia tawaf sambil gelakkan aku. Al-maklumlah, tak pernah lagi seumur hidup aku dapat bunga, ini tup-tup dapat bunga. Magik gila.

"Err..aku okey." Kerusi aku tarik dan labuhkan punggung di situ. Jam di tangan dipandang sekilas. Hampir jam enam setengah petang. Waktu macam ni kedai memang secara rasminya dah tutup. Jadi, bolehlah aku nak lepak-lepak kejap dekat sini.

"Kau tipu. Aku tau kau tak okey. Kau dari mana ni?" Soalan Am membuat ingatanku kembali kepada peristiwa di mana duit aku dicuri. Terus runtun kembali hatiku. Dah elok-elok aku lupa lepas dapat bunga ni, si Am ni pula kacau line pergi tanya soalan sebak ni dekat aku dah kenapa woi. Seksa betul hati nak menjawabnya.

"Aku dari bank. Kau tahu apa jadi lepas tu?" Am mengangkat keningnya sebelah tanda bertanya.

"Entah dari mana datangnya lelaki tu, tiba-tiba je dia datang dekat aku lepastu berdesup dia larikan duit aku." Cerita aku ringkas tapi padat. Entah kenapa aku rasa macam nak nangis. 

"Jadi duit kau kena curilah?" soal Am polos. Soalan dia....cukup untuk buat aku lastik dahi dia pakai getah rambut aku.

"Eh taklah lepas dia ambil duit aku, dia pulangkan balik. Siap cakap terima kasih lagi tau." jawabku geram. Aku jeling Am. Dah memang kena curi, tak payahlah tanya. Aduh ini yang buat aku emo ni.

"Oh... lepastu kau cakap sama-sama balik tak?" soal Am lagi.

Bulat mata aku mendengar soalannya. "Kau ni...." 

"Okey, okey. Sorry. Aku nak melawak sikit pun tak boleh." Mujur saja Am cepat-cepat minta maaf. Kalau tidak, jangan tanya aku siapa yang kena tidur atas bumbung kedai malam ni.

"Sedih gila duit tu hilang. Aku baru je buat keputusan nak hantar mak pergi hospital untuk dapatkan rawatan. Aku bukannya apa, aku dah tak sanggup nak tengok mak macam tu. Aku kesian dekat dia. Tapi tak sangka pula boleh jadi macam ni. Mungkin dah bukan rezeki kami kot. Nak buat macam mana." ngadu aku. Air mata cuba aku tahan. Lantai aku pandang lama. Tak sanggup aku nak pandang Am. Mesti dia dah senyum mengejek tengok aku macam ni.

"Jom, ikut aku." Aku toleh ke sisi. Aku lihat Am sedang berdiri tegak. Eh, masa bila pula dia berdiri ni? Semangat betul nampak.

"Nak ke mana pula?"

"Kau jangan banyak songeh boleh tak? Ikut jelah aku." Aku bangun dari duduk ku lalu membontoti langkah Am. Entah ke mana pula mamat ni nak bawa aku senja-senja macam ni.

Langkah aku terhenti. Am di sisi aku pandang. Tersenyum manis dia melihat aku. "Kita buat apa dekat sini?" soalku.

Am maju selangkah ke hadapan. Dia memandang aku lama. Entah kenapa aku terasa segan melihat renungannya. Terus aku larikan anak mataku. 

"Dalam hidup ni kita boleh kehilangan apa-apa sahaja. Sama ada wang ringgit, harta, kereta, rumah, kawan, malah ahli keluarga sendiri pun kita boleh hilang. Tapi ada satu yang kita tak akan hilang dan akan kekal sampai bila-bila iaitu Allah. Kita tak akan pernah hilang rahmat Allah selagi kita mengingati-Nya. Allah tu Maha Berkuasa. Setiap ujian yang menimpa adalah satu anugerah dari-Nya untuk kita sebagai tanda kasih sayang. Kalau kita tak mampu untuk menanggungnya, mintalah kekuatan dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." ujar Am. 

Sungguh, aku tersentuh mendengar kata-katanya. Kenapa aku boleh lupa soal itu? Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Mungkin apa yang terjadi pada aku hari ini juga ada hikmahnya. Cuma aku saja yang perlu sabar dan bijak mengawalnya.

"Aku tahu sekarang kau tengah serabut. Sebab tulah aku bawa kau ke sini. Aku rasa sini tempat yang paling sesuai untuk tenangkan hati dan minda kau. Jadi kau mohonlah kekuatan pada Dia. Kalau duit tu memang rezeki kau, in shaa Allah duit itu akan kembali balik pada kau. Percayalah. Dah la, jom kita masuk. Dah nak Maghrib ni" ujar Am lagi lalu berjalan masuk ke masjid.

Aku pandang Am dari arah belakang. Aku tidak sangka Am yang aku kenali hanya sebagai tukang buat air juga mempunyai kebaikan dari sudut lain. Aku tersenyum, terima kasih Am. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu melangkah masuk ke dalam masjid.


SUHAILA meletakkan nasi goreng ayam yang telah siap dimasak di atas meja. Aku angkat nasi goreng itu, kemudian meletakkannya di atas dulang bersama-sama bihun goreng yang telah siap dimasak sebentar tadi. Aku bawa pesanan-pesanan itu ke depan dan menghantarnya ke meja pelanggan.

"Min, teh o panas satu."

"Siap, Pak Mad." balasku. Aku menyampaikan pesanan itu kepada Am. Kemudian aku kembali semula ke kaunter. Kertas-kertas menulis pesanan yang telah siap, aku asingkan. Takut bercampur pula nanti. Duit-duit di dalam laci aku susun dan ikat dengan elok. Selepas tutup kedai nanti, aku mahu ke bank. Sebut pasal bank, tiba-tiba muncul kembali trauma aku tapi sampai bila aku harus begini? Betul kata Am, aku kena kuat. Aku redha dengan ketentuan-Nya. Tak apa, rezeki di tangan-Nya. Duit masih boleh lagi dicari.

"Order!" laung seorang pelanggan.

Aku berjalan ke arah meja tempat pelanggan itu duduk. Eh, lelaki sombong haritu lah! Masih sudi lagi rupanya dia datang singgah ke kedai aku. Ingatkan dah tak sudi sejak kejadian ikan dalam laksa tu. Tapi kali ni dia bawa awek la pula. Aku pandang perempuan di sebelahnya. Pergh, cun gila! Rambut dia dah macam emas Habib Jewels aku tengok. Berkilat saja.

"Bagi saya dua nasi goreng daging ya." ujar lelaki itu.

Nasi goreng? Laksa tak nak ke bang? Hee takutlah tu kalau-kalau aku letak ikan lagi. Ceh, janji tak buat lagi dah okey.

"You, I mana makan nasi. Gemuklah nanti." rengek perempuan di sebelahnya. Aduh, geli pula bulu tengkuk aku mendengarnya. Suara tu tak boleh gedik lagi ke kak?

"Oh sorry, I lupa. Okeylah, bagi nasi goreng daging satu dan dua fresh orange."

Selesai mengambil pesanan, aku ke dapur memberitahu Suhaila. Memandangkan hari ini cuti, jadi Su yang mengambil alih tugas sebagai tukang masak. Aku macam biasa, tukang ambil pesanan saja. Dari jauh, aku perhatikan pasangan sejoli itu. Mereka seperti membincangkan sesuatu. Serius je nampak. Argh, malas aku nak ambil port. Baik sambung kerja.

"Berapa?" suara seorang. Terkejut aku. Muka, aku angkat. Lelaki itu! Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku rasa gemuruh. Darah meluncur laju dalam kapilari darahku.

"Er..tujuh ringgit." Lelaki itu mengeluarkan sekeping duit berwarna merah lalu menyerahkan kepadaku. Aku pulangkan bakinya.

Lelaki itu masih belum pergi. Dia tersenyum padaku. Tolonglah jangan senyum macam tu, tahulah senyum tu manis macam gula. Yang dia masih berdiri dekat sini dah kenapa? Aku nampak awek dia dah tunggu siap dalam kereta. Punyalah semangat dia nak balik rumah.

"Awak Yasmin,kan?" ujar lelaki itu tiba-tiba. Aku terkedu. Mana dia tahu nama aku? Rasanya aku tak pernah beritahu dia pun.

"Nah. Ini awak punya,kan?" hulur lelaki itu. Rasa mahu gugur air mataku tatkala melihat hulurannya. Dompet aku!

"Ma..mana awak dapat ni?" Aku rasa macam tak percaya. Aku sangka dompet aku sudah hilang dibawa pencuri jahanam tu.Tiba-tiba saja hari ni dah ada depan mata. Syukur.

"Saya kejar pencuri tu. Bila saya dah dapat, saya patah balik cari tuan punya dompet ni tapi awak dah tak ada. Bila saya tengok kad pengenalan dekat dalam, rupa-rupanya awak orangnya."

Dia..dia tengok kad pengenalan aku?! Siapa suruh?!!!! Pantang tok nenek aku kalau ada orang berani tengok kad pengenalan aku. Dahlah muka aku dalam tu...hmm tak payah cakaplah. Kodok lagi lawa. Tapi tak apalah, asalkan dapat balik dompet aku. Alhamdulillah.

"Terima kasih encik...."

"Nama saya Rafid. Awak boleh panggil saya Rafid, tak perlu berencik-encik." tutur lelaki itu manis.

"Okey, terima kasih Rafid." ujarku senang.

"Sama-sama."


PINTU rumah aku buka seluas-luasnya. Membiarkan udara pagi yang segar lagi nyaman masuk ke dalam rumah. Sesungguhnya menghirup udara yang segar itu merupakan satu perkara yang nikmat. Sambil menunggu teksi datang, aku berjalan-jalan dahulu di laman rumah. Saat aku menghampiri pagar, terasa ada sesuatu di bawahnya. Terus aku mendapatkannya.

Bunga ros lagi? Tapi kali ni dua kuntum pula. Aku membelek-belek kelopak bunga itu, manalah tahu ada nota kecil lagi. Apabila sudah nampak, aku tarik nota kecil itu lalu membuka lipatannya.

saat bersama mu,
jantung ini berdetak laju,
bibir ini kelu diam membisu,
mata ini tidak jemu menatap wajah mu,
nur yasmin.

Ini pasti  subjek Bahasa Melayu A+ masa sekolah ni. Ayat dia...fulamak! Cukup untuk membuat aku muntah kuning dekat sini. Sampaikan rumah aku pun dia tahu? Ish psiko betul orang ni. Kan best kalau dia tulis nama dekat sini. Ni nak berahsia-rahsia bagai. Kalau aku tahu siapa punya kerja ni, siaplah! Aku sumbat nota kecil sekali dengan bunga ni dalam lubang hidung dia. Baru berdetak-detak jantung dia tak boleh bernafas.

"Kak min, jom. Teksi dah sampai." panggil Suhaila. Eh teksi dah sampai? Aku toleh ke tepi. Senyum lebar tambi tu dekat aku, siap kerdip mata lagi weh. Ish, aku bagi penampar kiri kanan baru tau dia ni. Cepat-cepat aku dapatkan mak. Aku pimpin mak sehingga ke teksi. Memandangkan duit aku dah dapat balik, jadi aku bercadang mahu bawa mak ke hospital hari ni. Mujur saja mak bersetuju tanpa terma dan syarat.

Di hospital, aku mendengar nasihat dan cadangan yang diberikan oleh doktor dengan baik. Buat masa ni doktor hanya akan memberi mak ubat. Tekanan darah mak yang terlalu tinggi membuatkan pembedahan terpaksa ditangguhkan dahulu. Mak perlu banyak berehat dan tidak boleh membuat kerja-kerja yang berat. Nampaknya lepas ni, aku kena tingkatkan lagi superpower aku. Ya, aku tak boleh mengalah. Banyak tanggungjawab yang harus digalas.

Aku dan Su memimpin mak keluar dari hospital. Teksi sudah menunggu di bawah. Saat aku menuruni tangga, aku seperti nampak kelibat seseorang yang dikenali. Itu bukan Rafid ke?

"Su bawa mak balik dulu ya." ujarku.

"Eh, akak nak pergi mana?"

"Err..akak ada hal kejap. Su bawa mak balik dulu okey."

Aku melangkah pergi selepas meminta diri. Mana pula dia pergi? Cepat betul si Rafid ni menghilang. Tadi aku rasa macam ada je dekat sini. Saat aku melewati sebuah kedai bunga, aku ternampak dia. Aku cepat-cepat bersembunyi di sebalik tiang. Dia buat apa dekat sini? Entah kenapa aku kepoh sangat hari ni tapi aku tetap ingin tahu tujuannya walaupun aku tahu, mestilah dia nak beli bunga. Nama pun kedai bunga kan. Tapi untuk siapa pula?

Aku lihat dia mengambil beberapa kuntum bunga dan bunga itu bunga ros. Aku terfikirkan sesuatu. Adakah selama ini dia pengirim misteri itu?


"MIN, mak macam mana?" soal Am sambil membuat air. Ewah, elok je aku tengok dia sembang dengan aku sambil buat teh tarik. Punya panjang dia tarik air itu.

"Alhamdulillah. Lepas ambil ubat dekat doktor haritu, aku nampak mak makin sihat berbanding dulu." Aku tersenyum. Ini semua berkat pertolongan Am dan yang pastinya pertolongan dari Dia.

"Baguslah kalau macam tu. Lega aku dengar. Tak ada lah lepas ni aku nak kena hadap muka serabut kau tu hari-hari. Pahit tau tak. Dahlah, aku nak ke belakang kejap."

Aku mencebik. Muka aku banyak punya manis, dia boleh kata pahit? Kurang asam boi betul. Fikiran aku melayang kembali memikirkan soal bunga yang sering aku terima sejak kebelakangan ini. Bertambah serabut apabila aku memikirkan Rafid. Betul ke dia yang bagi bunga tu? Tapi kenapa?

"Kak Min, ada orang nak jumpa tu dekat depan." ujar Suhaila.

Muka, aku angkat memandang Su. "Siapa?"

Su menjongket bahunya. "Entahlah. Siap bawa bunga lagi tau."

Bunga?! Aku segera bangun keluar dari dapur. Lelaki yang berada di depan segera aku terpa. "Ya, ada apa encik?" tanya aku.

"Bunga untuk Nur Yasmin." ujar lelaki muda itu.

"Ya, sayalah tu."

"Tolong sign dekat sini." Selepas sign, aku segera mengambil bunga itu.Aku tarik satu kerusi dan duduk di situ. Mataku tidak lepas dari memandang bunga ros itu. Kalau mengikut kiraan, sepatutnya kali ni dia hantar tiga kuntum tapi kali ni dia hantar empat pula. Kenapa tak tiga? Macam biasa, aku segara mencari notal kecil di dalamnya.

cinta yang hadir ini,
tidak aku duga,
tidak juga aku minta,
ia hadir bagai warna yang menerangi
hari-hari gelapku,
nur yasmin.

Setiap kali aku dapat bunga soalan yang sering aku akan ulang dan terus ulang, siapa pengirim misteri ini? Kalau betul Rafid orangnya, kenapa dia tak berterus terang saja? Tak perlu permainkan aku macam ni. Tak apa, kita tengok sampai bila permainan ini boleh diteruskan.


"TERIMA kasih makcik untuk hidangannya." ujar Rafid mesra.

"Sama-sama. Maaflah, masakan kampung je yang mampu kami hidang."

"Tak apalah makcik. Saya suka masakan kampung ni, bukan selalu dapat makan."

Aku senyum. Mak, aku pimpin ke arah pintu. Keadaan mak yang tidak sepenuhnya pulih membataskan pergerakannya. Hari ini aku jemput Rafid ke rumahku untuk makan tengah hari. Sebagai tanda terima kasih atas bantuannya tempoh hari dan memperkenalkannya kepada keluarga aku. Sikap Rafid yang ramah mesra dan sopan santun buat mak senang hati. Kata mak, Rafid seorang lelaki yang baik dan sesuai dibuat suami untuk aku. Fikir jauh betul mak aku ni.

Sejak hari itu, Rafid sering berkunjung ke kedai aku dan setiap kali itu jugalah dia akan membawa bunga ros. Hati aku kuat mengatakan bahawa dia pengirim misteri itu, namun mulut aku berat untuk bertanya. Biarlah dia yang mengakuinya sendiri. Dia juga memberitahu aku, dia mula mengenali aku bukan di kedai tetapi di jalan raya. Saat aku sedang memaki hamun orang. Aku tak sangka perkara ini akan terjadi. Kalau aku tahulah dia ada dekat situ, baik aku duduk diam-diam atas skuterku lagi bagus. Tapi apa boleh buat..terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan haaa kau rasalah bahang dia sendiri. Hubungan kami menjadi semakin rapat hari demi hari sehinggalah pada suatu hari...

"Mak!!!" jerit Suhaila.

"Su, kenapa dengan mak ni?" soal aku cemas. Aku pangku kepala mak.

"Su tak tahu. Mak tiba-tiba je pengsan. Kak Min, buatlah sesuatu. Su takut terjadi apa-apa pada mak." ujar Suhaila yang aku lihat sudah lencun air mata di pipinya.

Apa aku nak buat sekarang? Telefon Rafid? Tak mungkin. Aku tak mungkin mengganggunya. Kepala aku terasa berserabut. Ya Allah...apa aku nak buat ni? Tiba-tiba satu nama muncul di fikiranku.

"Cik, cik tak boleh masuk. Sila tunggu di luar ya." pinta jururawat itu.

Aku berundur selangkah ke belakang. Aku terasa lemah. Jiwa aku meronta. Dalam keadaan begini, aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Ya Allah....selamatkan mak.

"Min, duduk dulu." suara Am lembut. Mujur ada Am. Aku sangat berterima kasih padanya. Dia ada pada saat genting sepert ini. Aku terhutang budi padanya.

Aku berjalan ke arah Suhaila dan Akif. Mereka berdua memelukku erat. Mereka menangis semahu-mahunya di bahuku. Aku cuma menahan air mataku. Aku tak ingin menangis di hadapan mereka. Aku harus kuat. Ya, aku harus kuat. Demi kebaikan mereka.

Setelah hampir dua jam menunggu, seorang doktor keluar dari bilik rawatan. "Siapa penjaga pesakit?"

Aku bangun. Suhaila dan Akif sudah terlena di kerusi."Saya, saya anak sulungnya." Aku lihat doktor cantik yang berada di hadapanku. Aku....seperti pernah melihat wajahnya. Oh ya, perempuan rambut karat tu. Dia seorang doktor rupanya. Aku lihat nama Rina yang terlakar pada tag namanya.

"Keadaan pesakit terlalu lemah. Buat masa ni, pesakit tidak boleh diganggu. Pembedahan harus dilakukan secepat mungkin. Kalau cik bersetuju, cik boleh berjumpa saya di bilik." usai berkata, doktor itu berlalu pergi.

Aku melangkah ke arah pintu. Aku lihat mak yang terbaring lesu di atas katil dengan wayar yang di sana sini. Wajah mak pucat sekali. Ya Allah...aku tak kuat. Sebolehnya aku memang mahu mak dibedah secepat mungkin. Tapi..mana aku nak dapat duit untuk bayar kos pembedahan itu.

"Min, jom ikut aku." ujar Am tersenyum. Aku tak tahu  bagaimana Am masih boleh tersenyum dalam keadaan sebegini sedangkan aku, aku terasa ingin tersungkur saat ini. Tanpa banyak bicara, aku hanya mengikuti langkah Am.

"Duduklah Min." Am bawa aku ke taman hospital. Suasana di sini lebih nyaman dan tenang. Banyak pepohon hijau yang rendang dan kolam ikan yang sangat memukau dengan warna-warna ikan di dalamnya.

"Sekarang kau boleh nangis." Aku menoleh memandang Am. Pelik dengan kata-katanya. Dia....suruh aku menangis?

"Kau tahu, selain mak aku, aku tak pernah lagi jumpa wanita setabah dia...sehinggalah aku kenal kau. Kau kehilangan ayah pada waktu usia yang muda tapi kau tetap teruskan hidup dengan baik. Kau belajar rajin-rajin sehinggalah kau dapat keputuan yang cemerlang dalam SPM. Dengan keputusan cemerlang yang ada, kau boleh je sambung belajar dekat mana-mana yang kau suka tapi kau tak pergi. Kau sanggup gadaikan masa depan kau demi keluarga. Kau sanggup berhenti belajar demi membantu menyara keluarga kau. Kau sanggup berkorban demi menjaga adik-adik kau. Kau tetap jalankan tanggungjawab menjaga mak kau yang sakit. Jujur kalau aku di tempat kau, aku juga tak setabah kau, Yasmin." ujar Am.

"Kalau sebelum ni, aku selalu suruh kau jadi kuat, jangan mudah mengalah. Tapi hari ni aku tak akan kata macam tu lagi. Aku tahu kau sangat lemah saat ini. Jadi aku harap kau jangan simpan. Kau nangislah semahu-mahunya, Yasmin. Kau lepaskan segala yang terbuku di hati kau. Aku tau kau dah lama memendam."

Aku tak tahu apa yang merasuk Am hari ini sehinggakan dia sanggup berkata begitu. Aku tak tahu kenapa Am seperti orang lain hari ni. Kata-katanya sangat menyentuh hati aku. Aku tunduk menyembah bumi. Setitis demi setitis air mata aku jatuh. Sepi tanpa suara. Hanya air mata yang menjadi teman. Aku menangis tanpa suara sehinggalah esakan itu menjadi semakin kuat. Aku tutup mukaku. Aku janji selepas ini, aku akan tumbuk muka Am. Biar padan muka dia. Siapa suruh buat aku macam ni?


AKU berjalan kembali ke bilik di mana mak ditempatkan.Sudah lama aku tinggalkan Suhaila dan Akif di situ. Takut mereka tercari-cari aku pula nanti. Saat pintu lif terbuka, wajah seseorang yang tidak dijangka muncul.

"Yasmin, awak buat apa dekat sini?" soal Rafid. Di sebelahnya ada seorang rakannya yang juga aku kenali. Lelaki yang pernah datang ke kedai aku dahulu.

Aku terperanjat. Macam mana Rafid boleh ada di sini? Aku lihat di tubuhnya tersarung pakaian putih, begitu juga dengan rakannya. Dia seorang doktor? Di sini? Oh tak mungkin.

"Awak doktor dekat sini ke?" soal aku polos. Dah tahu, tanya lagi pula dah.

"Ya, ni hospital keluarga saya. Awak masih belum jawab lagi soalan saya."

Hospital keluarga dia? Alamak, macam mana boleh kebetulan sangat ni? "Err..mak saya terima rawatan dekat sini, sakit jantung." jawabku.

"Rafid..maaf, saya terpaksa pergi dulu. Jumpa nanti." Aku segera masuk ke dalam lif dan menekan butang tutup. Entah macam mana Rafid boleh muncul pula dalam situasi begini. Aku tak pernah tahu pun dia kerja sebagai doktor sebelum ni. Itulah siapa suruh tak tanya, padan muka. Keluhan dilepaskan.


PEN aku ambil dan aku tulis namaku di atas kertas putih itu lalu aku serahkan kembali kepada jururawat itu. Aku berdebar-debar. Berat untuk mulut aku bertanya tapi aku harus juga.

"Err..nurse, saya nak tanya pasal bayaran yang..."

"Oh pasal bayaran, Cik Yasmin tak perlu risau. Semua kos pembedahan Puan Rosnah sudah dibayar." Terlopong aku mendengarnya. Sudah dibayar? Rasanya hari ni bukan 1 April kalau ya pun jururawat ni nak buat April Fool. Tak lawak langsung okey.

"Dah bayar? Siapa pula yang bayar?" tanya aku.

"Maaflah, saya tidak boleh beritahu. Orang tu cakap cukuplah cik tahu yang dia ikhlas membantu." ujar jururawat itu tersenyum.

Masuk kali ini sudah dua kali aku dibantu. Dulu tolong bayarkan ubat, sekarang tolong bayarkan kos pembedahan. Adakah semua ini kerja orang yang sama? Siapa orang tu?


SEGELAS air aku hulurkan kepada mak. Syukur alhamdulillah, pembedahan selesai dijalankan dengan selamat. Kini mak sudah beransur pulih. Tapi selepas ini mak perlu datang ke hospital kembali untuk melakukan pemeriksaan. Saat ini senyuman terlakar pada semua bibir. Wajah mak, aku tatap.

"Mak rasa Rafid yang tolong bayarkan kos pembedahan mak tu." Ujar mak tiba-tiba.

"Dia seorang lelaki yang baik. Lagipun ini kan hospital keluarga dia. Mungkin benar dia yang membantu kita." tambah mak lagi.

Aku terdiam. Ada benar juga kata mak. Mungkin Rafid yang membantu kami. Kalau benar Rafidlah orangnya, aku harus berterima kasih padanya. Sudah banyak kali dia membantu aku.


SUDAH masuk dua minggu mak pulang ke rumah. Hari ini aku bercadang mahu masak masakan istimewa untuk mak. Jadi aku ke pasaraya untuk membeli barang-barang. Setelah selesai membeli barang aku keluar dari pasaraya. Namun saat aku mahu berjalan ke skuter ku, aku nampak Rafid sedang berjalan dengan seseorang di sisinya.

Entah mengapa perangai kepoh aku menjelma tiba-tiba. Aku meletakkan barang-barang di atas skuter lalu aku mengekori mereka. Baru aku tahu siapa di sisi Rafid. Perempuan hari itu, yang bernama Rina tu. Mereka mahu ke mana ya? Aku terus mengekori mereka sehingga mereka masuk ke sebuah kedai. Eh kedai pengantin? Merek buat apa dekat sini?

Aku mendekati pintu kedai itu. Perbualan mereka, aku cuba curi dengar.

"You nak baju yang mana?"

"I nak baju pink tu. Cantik kan? Sesuai untuk majlis pertunangan kita nanti."

Tunang? Aku terkejut. Sangat-sangat terkejut. Sungguh aku tidak sangka bahawa mereka itu pasangan kekasih selama ini. Mengapa ini terjadi? Dan kenapa aku rasa terselit sedikit rasa kecewa di hati? Tak mungkin. Aku tak mungkin suka akan Rafid. Aku berjalan kembali ke skuterku. Lebih baik aku beredar dengan segera.

Sampai saja di rumah, aku lihat banyak kereta di sekeliling rumahku. Ada hal apa ni? Aku berasa tidak sedap hati. Mak ada buat kenduri apa? Jangan-jangan...."Mak!!!" jerit aku.

Aku segera berlari ke arah pintu. Langkah saja kaki ke dalam rumah, semua mata memandang aku. Err..kenapa semua orang tengok aku semacam je? Rasanya aku tak silap rumah, ini memang rumah aku okey tapi kenapa ramai orang pula ni?

"Min, yang kau jerit-jerit tu kenapa? Masuklah." ujar mak. Aku segera mendapatkan mak. Entah kenapa ramai betul orang datang membuat lawatan dekat rumah aku hari ni. Siap ada hantaran lagi. Eh kejap....hantaran?

"Mak, ada apa ni?" soal aku cemas. Janganlah mak buat keputusan sesuka hati.

"Mereka ni datang nak meminang kaulah." Kata-kata yang baru meluncur dari bibir mak benar-benar buat aku rasa macam nak pengsan. Meminang? Tak pernah lagi perkataan itu terlintas dalam fikiran aku. Lelaki mana pula yang menggatal sangat nak meminang aku ni, Aduhai...

"Mak, Min tak setuju. Min tak nak." Aku baru mahu bangun tetapi tanganku ditarik mak.

"Kau jangan nak buat malu mak, Min."

Aku melepaskan keluhan. "Mak, Min tak berniat nak malukan mak tapi Min memang tak nak. Mak tolonglah faham. Kalau mak tak boleh beritahu, tak apa biar Min sendiri yang cakap."

Belum sempat mak menarik tanganku kembali, aku sudah bangun. Wajah-wajah yang langsung tidak aku kenali dipandang. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara. Wajah mak sudah kelat. Sorry mak, kali ni Min tak boleh main sorong papan tarik papan dengan mak ya. Keputusan Min sudah membulat.

"Tuan, puan sekalian, saya minta maaf terlebih dahulu ya. Terima kasih sebab sudi datang ke rumah teres saya ni tapi saya sendiri terpaksa menolak pinangan ini. Saya memang tak nak dan belum bersedia lagi nak kahwin. Tuan dan puan balik rumah nanti, suruh anak tuan puan cermin dulu diri dia. Saya tahu saya pun bukanlah sesiapa tapi anak tuan puan sendiri pun saya tak kenal, macam mana saya nak kahwin dengan dia. Suruh dia datang jumpa saya dulu. Bukannya datang mengejut macam ni, boleh?"

Aku lihat mak sudah memicit-micit kepalanya. Kali ini aku bertekad, keputusan aku sudah muktamad. Mana mungkin aku membina masjid dengan orang yang tidak kenali. Yasmin yang lain mungkin boleh, tapi Yasmin yang ini hmm...nehi, nehi. Maaf mak, harap mak faham.


"MAAFLAH mengganggu. Saya cuma nak ucapkan terima kasih." tutur aku tenang. Telefon bimbit aku pegang kejap.

"Terima kasih untuk apa?" balas Rafid di sana.

"Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih untuk semua bantuan yang telah awak berikan. Terima kasih sebab bantu dapatkan dompet saya balik, terima kasih sebab tolong bayarkan ubat mak saya, terima kasih sebab bayarkan kos pembedahan.........."

"Eh tunggu sekejap. Kalau dapatkan dompet awak balik tu betul. Tapi kalau tolong bayarkan ubat dan pembedahan tu apa? Saya tak faham.." ujar Rafid.

Aku terkedu. "Eh, bukan awak ke yang bayarkan semua tu?"

"Bayarkan apa ni? Saya tak faham. Mungkin awak silap orang kot."

Aku betul-betul terkejut. Jadi selama ni orang yang selalu menolong aku itu bukan Rafid? Habis tu siapa orangnya?

"Err..saya nak tanya sikit ni. Hari tu saya ada nampak awak pergi kedai bunga. Awak ada beli bunga ros. Untuk siapa ya tu?" Kali ini aku benar-benar berdebar menanti bicaranya. Mungkin selama ini aku sudah salah sangka.

"Oh bunga tu saya beli untuk bakal tunang saya, Rina. Kami bakal bertunang hujung bulan ni. Awak datang ya?"

Air liur aku telan. Sangkaan aku meleset sama sekali. Jadi Rafid bukan orangnya. Bukan dia yang sering menghantar kepada aku bunga bersama kata-kata puitis itu. Aku silap selama ini.

"Yasmin, awak dengar tak ni?"

"Ya, saya dengar. Kalau saya ada masa nanti saya datang. Tahniah untuk awak berdua."

Panggilan dimatikan. Tasik di hadapan aku pandang. Air tasik yang tenang bersama angin petang yang damai langsung tidak dapat menenangkan hati aku yang kuat berkocak saat ini. Aku buntu. Aku tersenyum nipis. Hebat betul permainan ini. Berani betul orang itu memainkan perasaan aku. Dasar pengecut!

"Siapa pengirim misteri itu? Siapa hero yang sering membantu aku selama ni? Argh...kusutnya." Batu di kaki aku sepak. Tepat masuk ke dalam tasik.

"Akulah orang tu." suara seseorang tiba-tiba. Aku tersentak. Badan aku kaku. Aku seperti mengenali suara itu. Aku menoleh ke belakang. Suara itu seperti.......

"Am?" Sungguh, aku terkejut melihat dirinya saat ini. Am yang berada di hadapan aku kini bukanlah Am yang aku kenali. Dia sangat berbeza. Dengan penampilannya, gayanya dan juga keretanya. Audi kot! Elok je aku tengok dia bersandar dekat kereta tu.

Am menghampiri aku dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Selangkah dia maju, setapak aku undur. Aku benar-benar tidak percaya bahawa lelaki itu Am. Dia seperti orang lain.

"Yang kau semakin berundur ni dah kenapa? Jatuh tasik tu kang, tak pasal-pasal aku pula yang kena berenang selamatkan kau." ujar Am selamba. Aku terus berhenti dari berundur. Tubuh aku kaku.

"Segak tak aku hari ni? Aku dah balik cermin diri aku macam yang kau suruh dan aku juga dah datang jumpa kau hari ni macam yang kau minta." Dia tersenyum lagi. Tapi aku tak mampu dah nak senyum. Aku rasa saat ini muka aku sangat kelat. Kata-katanya sebentar tadi benar-benar meragut degupan jantung aku. Tolonglah, jangan kata dia yang masuk meminang aku tempoh hari.

"Min...."panggilnya lembut. Aku pandang wajahnya.

"Will you be the queen of my life, Nur Yasmin?" Tiga kuntum bunga ros dikeluarkan entah dari mana. Yang aku tahu saat ini bunga-bunga itu dihulurkan kepadaku. Aku memandang tanpa berkelip. Otak aku cuba memproses sesuatu. Ya, teka-teki aku selama ini sudah terjawab. Kenapa aku tidak mendapat tiga kuntum bunga, sebaliknya mendapat empat dan siapa pengirim misteri itu. Semuanya telah terjawab. Aku tak sangka mamat ni yang mempermainkan aku selama ni. Tak guna betul!

Aku sambut bunga itu perlahan-lahan. Aku cuba untuk senyum. Senyuman di bibir Am, tidak usah dikata. Panjang melebar naw-naw. Tapi tidak lama selepas itu....aku terus memukul Am dengan bunga yang di tangan.

"Oh jadi kaulah lelaki pengecut tu ya? Berani kau permainkan aku selama ni. Bila aku tanya siapa bagi bunga ni, senang je kau jawab tak tahu. Pandai betul kau berlakon ya selama ni. Hebat betul kau." Aku terus memukul dan memukul. Geram yang terbuku di hati aku lepaskan.

"Aduh! Aduh! Sakitlah Min."

Rayuannya tidak aku pedulikan. Aku terus memukulnya. "Sampai hati kau buat aku macam ni. Sampai hati kau seksa jiwa aku. Sampai hati kau, Amsyar Mustaqim!!!"

Pukulan aku hentikan. Penat juga rupanya pukul orang ni. Semput aku dibuatnya. Tapi aku masih geram dengan mamat ni. Patutlah baik semacam je dengan aku selama ni, rupa-rupanya ada sotong disebalik bihun goreng. Hampeh betul!

"Min, kau janganlah buat aku macam ni. Kau tak sayang aku ke?" lirih sekali suaranya kedengaran.

"Banyaklah kau punya sayang. Ambil ni!" Bunga yang sudah lunyai, aku tenyehkan di mukanya. Terdiam Am. Habis serabai rambutnya yang disikat rapi akibat pukulan aku. Haaa rasakan kau!

Namun selepas itu, kami berdua tertawa. Lucu juga apabila lihat wajah masing-masing. Dengan aku yang tudung sudah senget-benget. Dia pula kelopak bunga terletak dekat rambut. Lawak habis. Lepas dah habis gaduh, boleh pula kami duduk bersama dengan elok. Dia memberitahu aku bahawa selama ini dia hanya tinggal bersama pemandunya. Dia marah kepada ibu bapanya kerana terlalu sibuk dengan kerja. Eleh marah konon, cakap jela merajuk. Itu pun nak simpan. Selepas melihat aku dan keluargaku, baru dia sedar akan pentingnya keluarga. Dia sedar bahawa sejauh mana pun dia berlari, tanggungjawab sebagai seorang anak dan pewaris keluarga tetap harus digalas.

Alasan dia memang hebat betul. Pandai betul dia berahsia dengan aku selama ni. Aku betul-betul tidak sangka insan yang aku tercari-cari selama ini rupanya Am. Nak ngorat aku pun dengan cara tu. Ceh, lapuk betul.

Tapi bila difikir-fikirkan balik dialah orang yang sering ada di saat susah dan senang aku. Dialah insan yang membayar ubat dan kos rawatan mak tu dan dia juga insan yang sering menyokong aku saat aku hampir tersungkur. Aku sesal kerana lambat menyedarinya. Tapi kini tidak lagi. Aku akan hargai kehadirannya yang aku sering lupakan dahulu. Aku akan hargai setiap detik bersamanya yang sering aku tinggalkan dahulu. Terima kasih, Am. Dialah hero misteriku. Aku Nur Yasmin dan ini kisahku.