Assalamualaikum.
Cuti pertengahan penggal bakal berakhir lagi beberapa jam dan dalam cuti dua minggu ni ada la aku achieve few things yang aku rasa agak memuaskan. Kerja sekolah pula tak payah tanya. Benda tu dah menghantui aku selama dua minggu ni dan soalan-soalan dia cukup untuk buat aku tarik bantal dan tidur. Bukan bermaksud soalan-soalan dia senang tapi tahap susah dia tu tak dapat nak dijangkau oleh otak aku sehingga otak aku jammed, ini membuatkan aku rasa malas nak jawab dan sekaligus rasa mengantuk menjelma. Sehingga kini benda tu tak selesai-selesai lagi.
Jadi aku decide sebelum tahun 2015 ini berakhir, baik aku cerita cepat-cepat pasal trip aku dan kawan-kawan ke Pantai Timur hampir dua bulan yang lalu. Ya, dah lama. Lapuk dah pun but better late than never, right? Sebelum baca, tarik nafas panjang-panjang dulu ya sebab untuk membaca keseluruhan entry ini akan mengambil sedikit waktu anda. Huhu.
16/4/2015
Aku akan ingat tarikh ni sampai aku nyanyuk sebab ia terlalu bermakna. Kami pergi pada hari Khamis, yakni hari yang sama sekolah mengadakan merentas desa. Jadi kami tak pergilah merentas desa. Alasan semata-mata sebenarnya. Kami memulakan perjalanan pada jam 10:20 pagi. Sebelum tu aku ada minta dekat cikgu nak pergi tandas. Bila aku keluar dari tandas, bas dah mula bergerak. So aku apa lagi, aku pun berlarilah kejar bas tu mengalah cerita hidustan. Time tu serius berdebar gila dengan semua barang aku ada dalam bas, tiba-tiba bas tu macam nak tinggal aku pula kan. Kalut habis. Tiba-tiba bas tu berhenti. Aku pun cepat-cepatlah naik bas. Buat penat aku ja lari padahal cikgu-cikgu yang lain pun tak naik lagi. Entah-entah driver bas ni saja nak dera aku, mentang-mentanglah aku tak pi merentas desa kan.
Bila perjalanan dah mula, cikgu ada la bagi penerangan sedikit itu ini dalam bas dan kebanyakan cikgu yang pergi ni aku kenal dan pernah ajar aku so takdalah rasa janggal sangat kalau ada apa-apa hal. Kami berhenti di RNR pada pukul 12 tengah hari untuk berehat sekejap dan sambung perjalanan sehingga berhenti di Banjaran Titiwangsa pada jam 1:50 petang. Sebelum ni aku ingat banjaran titiwangsa ni dekat kl, rupanya tak. Dia berdekatan dengan kelantan. Yang dekat kl tu tasik titiwangsa. Nampaknya aku ada belajar benda baru haritu. Kami solat jamak di situ dan kemudian sambung perjalanan sehinggalah sampai ke Terengganu tepat jam 5 petang. Nampak bertapa lamanya perjalanan dia? Cukup untuk membuat aku terlentok-lentok dalam bas. Tapi relaks, baru sampai Terengganu. Belum sampai resort lagi. Okey kita sambung lagi perjalanan sehingga kami sampai di Pandan Laut Beach Resort, Setiu pada jam 6:30 petang. Lamanyaaaaaaa perjalanan haih.
![]() |
Ini resortnya. Sumber : google huhu |
Lepas dah sampai tu buat apa lagi nak termenung syahdu dalam bas, turunlah. Bila dah sampai tu masing-masing tarik beg sendiri. Satu bilik tiga orang. Aku kongsi bilik dengan kawan aku, Qis dan Fatihah. Mula-mula kami dapat bilik yang nunnn jauh di depan sana, jauh dari semua orang. No way! Takut kot. Bilik tu nampak menyeramkan sangat. Jadi abang pekerja tu suruh kami tukar bilik dengan driver bas. Katanya bilik tu nombor satu. Aku dah lupa nama bilik tu apa. Jadi kami pun pergilah cari bilik tuuu..

Haaaa jangan tertipu. Itu bukan bilik kami tau. itu bilik jiran sebelah, bilik budak lelaki. Katanya bilik ni paling kaya sebab lengkap dengan semua perabot. Bilik air pun ada dua tau. Habis mana bilik kami? heeee
![]() |
krik...krikk... sumber : gambar sendiri |
Siapa gelak mohon esok pagi tumbuh bisul dekat mulut. Haaa jangan main-main. Kami dapat rumah ni la. Nombor satu katanya. Patutlah sebelum ni abang tu bagi dekat driver bas. Kalau aku tahu macamnilah rupanya hmm nggak sudi guwe mau trima. Sedih jugaklah, nak duduk tiga orang weh. Muat ker?! Ada dua tilam jaaa. Bilik lain ada katil siap tv siap petis ais lagi tau. Nak-nak lagi orang sebelah ni haaa. Aku tak tahulah macam mana rumah kami ni boleh berjiran dengan rumah orang kaya pula. Lagilah sedih. Kesian kami dibahan macam-macam sobs..sobs..tak apalah. Bersyukur dengan nikmat yang diberi hmm.
Hai rumah jiran sebelah :p |
Selepas letak barang kami keluar jalan-jalan sekejap. Konsep resort ni cantik. Dia berkonsepkan kampung. Ada banyak pokok yang tinggi-tinggi, buaian dan ada satu telaga betul-betul sebelah bilik kami. Ikut hati rasa nak pergi tengok ja ada apa dalam telaga tu tapi alah bukan ada apa pun yang best. Tak payah tengoklah (padahal takut sebenarnya). Resort ni buat aku rasa macam balik cuti dekat kampung pula, padahal dekat tepi jalan ja pun dan yang pastinya dekat tepi laut jugak weheee.
![]() |
Belanja sikit satu gambar. Qis tengok mana tu? |
Dah puas ambil gambar, kami bertiga pun berjalan ke pantai yang hanya beberapa meter saja dari resort. Sampai saja dekat pantai, aku terkejut. Sungguh aku terpegun sangat tengok laut dia. Sebelum ni asyik tengok laut selat melaka saja. Sekali dah tengok laut china selatan, pergh terus jatuh cinta pandang pertama weh. Laut dia cantikkkkkk sangat. Kalau dah aku letak 'k' tu banyak sangat, memang tak tergambarlah kecantikan dia. Terlalu mempersonakan gitewww.
![]() |
Aku silap. Tergambar rupanya kecantikan dia. |
![]() |
Belanja gambar lagi tapi tak payah tengok muka :p |
![]() |
Thank you Fatihah for the pictures and Qis for the phone :* |
Lepas dah habis bersiar-siar dekat tepi pantai, kami balik bilik, bersiap dan solat. Pukul 8 malam, kami makan malam. Kemudian ada tazkirah sikit dari cikgu dan pada pukul 9:30 malam kami ada perjumpaan. Cikgu ada bagi tugasan dan kami kena present tugasan tu pada esok malam. Habis semua tu, apa tunggu lagi balik biliklah. Malam tu rancang nak stay up sebab Qis dan Fatihah nak buat kerja sejarah. Nampak tak datang bercuti pun nak bawa kerja sekolah (padahal tak siap kerja lagi huhu). Tapi semua tu terganggu tatkala kami terdengar bunyi sesuatu di atas bumbung. Haihh janganlah, rumah kami ni dah lah kecil. Tepi perigi pula tuuu. Bila bunyi saja benda tu, semua menggelupur duduk dekat-dekat. Last-last tak jadi buat kerja sekolah haha macam tak biasa pula. Malam tu aku tidur pukul 3 pagi sebab sibuk sangat bersembang dengan si Fatihah ni.
17/4/2015
Sebab dah janji dengan cikgu pukul 7, jadi kami bangun pukul 5:30 pagi dan yang pastinya orang yang tidur pukul 3 tulah yang bangun awal sekali uhuk uhuk. Lepas dah siap semua, kami bersiar-siar. Udara pagi dia ya ampun nyaman sekali tak terungkap dengan kata-kata dari bibir. Bunyi cengkerik sana sini buatkan suasana kampung tu semakin menonjol-nonjol. Aku suka! Aku suka!
![]() |
Kanak-kanak detected. |
Perjalanan hari kedua dimulakan. Kami berhenti bersarapan di sebuah kedai pada jam 8 pagi. Sedang aku tengah syok makan nasi lemak dengan milo ais kaw-kaw punya, tiba-tiba ada sorang awek cun ni catwalk depan aku. Aku pun tengoklah dia, lawa orangnya. Yang paling penting mata dia. Aku terfikir dia pakai contact lens ke? sebab aku paling benci orang yang pakai contact lens kalau niat dia untuk melawa. Bila ditenung lama-lama, baru perasan omputeh rupanya. Tapi pakai tudung.

Rupa-rupanya dia pelajar pertukaran luar negara yang kerja tebar roti canai dekat Kedah tu. Siapa tak kenal tu, nampak sangat tak tengok berita kan kan. Tak sangka dapat jumpa dia dekat sini. Tapi dia datang sini nak bercutilah kot dengan keluarga angkat dia. Aku nampak mewah betul kereta keluarga dia tu.
Habis sarapan, kami teruskan perjalanan dari Setiu ke Kuala Terengganu dan berhenti di masjid Kristal pada jam 10 pagi. Kalau tadi dekat laut, sekarang sekali lagi aku terpegun depan masjid. Kaku gila. Selama ni dapat tengok dalam tv saja tapi sekarang depan mata. Patutlah orang suka sangat masjid Kristal sebab cantik sangat. Nak masuk tandas dia pun rasa sayang nak pijak lantai sebab bersih dan wangi sangat. Masuk saja masjid dia, masyaAllah cantik dan selesa. Kami sempat tunaikan solat Dhuha pada pagi itu. Aku rasa berat sangat nak keluar dari masjid tu tapi apakan daya, cikgunya memaksa.
Perjalanan diteruskan lagi dan kami tiba di muzium Terenggangu pada jam 10:45 pagi. Muzium dia bapak besar mengalahkan istana sebab konsep dia memang macam tu. Dia punya muzium luas gila dan mungkin memerlukan masa dua hari untuk cukup tawaf satu muzium. Tapi masa yang diberikan kepada kami hanyalah satu jam sobs..sobs.
![]() |
Sumber : google lagi.. |
Haaa nampak dia punya bertingkat-tingkat sampai boleh longgar lutut nak berjalan. Dia ada beberapa bahagian di mana terdapat pameran yang berbeza-beza. Aku, Qis dan Fatihah berjaya jugalah melawat sebahagiannya iaitu A berkaitan dengan tokoh-tokoh, B lukisan dan haiwan yang diawet dan C bahagian organ manusia dan bayi yang diawet. Geli gila tengok dan agak berbau tapi best. Serius cakap, satu jam memang tak cukup. Cikgu sampai kena telefon kami suruh keluar. Punyalah khusyuk membuat rondaan katakan.
Pada pukul 12 tengah hari, kami berhenti di tepi jalan untuk membeli keropok losong. Aku pun join lah sama membeli. Buah tangan dari Ganu katanya. Pukul 12:30 tengah hari kami sampai di Pasar Payang. Driver bas tinggalkan kami dan cikgu-cikgu di situ sementara kaum adam ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Berjalan-berjalan juga, kewajipan jangan ditinggal. Punyalah excited nak shopping, tengok-tengok banyak kedai yang tutup sebab solat Jumaat katanya. Sedih tapi aku tabik spring jugalah dekat orang Ganu ni. Kami cuma jalan-jalan saja dekat situ dan singgah saja mana-mana kedai yang buka. Last-last semuanya terduduk dekat surau sebab penat. Mungkin penat melawat muzium tak habis lagi.
Habis solat Jumaat, driver bas pun datanglah ambil kami. Semua sebulat suara nak balik resort. Penat dah tak tertanggung. Sebelum balik resort, sempat kami singgah di kedai makan berdekatan resort kami. Dekat situ dia jual macam-macam makanan laut goreng. Aku dengan Qis beli sotong goreng. Yang bestnya, kami semua makan beramai-ramai dekat tepi pantai berhadapan laut. Bunyi ombak dan angin petang yang sepoi-sepoi memang sangat menyeronokkan. Memang tak tergambar feeling tu dan yang pastinya aku sangat rindu.
Kami sampai di resort pada pukul 4 petang. Rehat-rehat sekejap kemudian pukul 4:30 petang kami keluar. Pergi mana lagi kalau tak ke pantai. Ini moment yang paling seronok yang aku alami sepanjang trip ni. Aku berjalan ke pantai berdua dengan Qis. Fatihah dah tunggu siap-siap dekat pantai dengan kawan-kawan yang lain. Kami buat apa lagi? Mestilah main air.
Excited sangat jatuh pulak kang. Ada juga yang main bola tampar. Kami duduk, baring dekat tepi pantai tu, bila ombak datang masing-masing menjerit sebab ombak dia memang kuat sampai air tu naik paras bahu wooo. Dan yang paling best kami tanam cikgu-cikgu dalam pasir. Serius selama ni aku hanya tulis benda-benda macam ni dalam karangan dan sekarang aku merasainya sendiri. Rasa macam nak nangis tulis dalam diari tau haha. Lupa habis dekat tugasan yang perlu dibentangkan malam tu.
Pukul 7 malam kami balik bilik. Bersiap untuk solat dan kami makan malam pada pukul 9. Selepas makan, kami ambil masa satu jam untuk berbincang. Tugasan ni agak mencabarlah sedikit. Kami kena reka satu logo dan terangkan maksudnya. Lepastu kena lukis pokok-pokok yang ada di sekitar resort dan last sekali kami kena menyanyi lagu patriotik. Aku tak tau manalah cikgu korek idea semua ni tapi agak seganlah sebenarnya sebab kena menyanyi bagai.
Pukul 10 malam, perbentangan dimulakan. Berdebar-debar jugalah rasanya sebab semuanya last minit. Dengan lirik lagu apa pun tak hafal. Nak tengok internet, internet takda pula. Bila dah dapat lirik, bateri handphone nak kong pula. Macam-macam hal lah. Last-last present ikut kata akal saja. Apa yang terfikir cakap saja. Nyanyi pun main bantai saja. Nasib baik betul juga. Dan cikgu-cikgu suka juga dengan perbentangan kami yahoo bravo kawan-kawan.
Begitulah berakhirnya hari kedua. Semua bersurai ke bilik masing-masing tepat jam 11 malam.
18/4/2015
Hari yang ketiga, hari yang terakhir. Kami bangun seawal 5 pagi dan bersarapan pada jam 6:30 pagi. It's time to say goodbye. Berat juga rasa hati nak melangkah pergi. Aku pandang saja pintu bilik tu sambil cakap dalam hati bye-bye I gonna miss you. Walaupun mula-mula rasa tak best gila dapat bilik tu dengan aircond dia yang rosak, katil takda, bilik kecil tapi bila dah duduk lama-lama rasa suka. Macam yang cikgu kata, bukan selalu boleh duduk tempat macam ni. Kalau nak duduk macam rumah sebelah tu, baik balik duduk rumah sendiri lagi seronok.
Selepas selesai bersarapan kami bertolak ke Kelantan pada jam 7:45 pagi. Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah sampai lagi pun dekat pantai timur ni. Jadi bila dah sampai tu dia rasa macam cuak sikit. Dan aku agak terkejut bila aku sampai dekat Kelantan ni, hampir semua iklan yang terpapar mesti akan ada tulisan jawi walaupun iklan Hotlink sekalipun. Haaa nampak tak bertapa padunya kelate.
Kami singgah sebentar di Pasar Khadijah pada jam 10:45 pagi. Turun saja bas, apa lagi berjalanlah semua berderek-derek. Apa yang aku suka bila pergi trip ni, setiap kali nak pergi mana-mana, cikgu mesti bagi kebebasan pada kami. Cikgu percayakan kami. Jadi ikut suka nak berkeliaran ke mana sahaja. Janji semua sampai dekat bas tepat pada waktu yang ditetapkan.
Bila aku masuk Pasar Khadijah ni, nak-nak lagi bila naik tingkat-tingkat atas tu, aku terus korek duit dan sedihnya duit aku hanya tinggal seberapa saja. Manalah cukup nak berbelanja sakan. Jadi aku, Qis dan Hanis, kami bertiga berjalan ke kawasan di mana makanan dijual. Kalau benda-benda lain tak mampu nak beli, haaa yang ni mampu.
Aku ada beli beberapa makanan dan ada suatu ketika ni aku nak beli teh ais, jadi aku cakaplah dekat kakak tu, "Kak, nak ayaq teh ais.". Kakak tu pandang aku lama. Dia siap cakap, "Hah? Ayaq?" Okey aku lupa aku ada dekat mana sebenarnya. Terbawa-bawa pula loghat utaqa dekat sini. Jadi aku pun ulanglah balik, "Kak, nak air teh ais." Aku tekan dalam sikit perkataan air tu. Kalau kakak tu tak faham juga, tak tahulah aku nak kena guna bahasa apa pula lepas ni. Bila kakak tu hulur teh ais tu, aku nampak plastik teh ais tu agak kecil berbanding di Kedah tapi tak apa, aku ambil juga. Bila aku tanya berapa, kakak tu cakap "3 amah." Aku telan air liur. Terkejut. Takkanlah teh ais plastik kecil ni pun sampai tiga ringgit. Rasa macam nak lari balik Kedah minum air dekat sana, kemudian lari balik datang sini selesai. Kakak tu senyum. Dia kata "Tak faham ke? seringgit lima puluh sen lah" Fuhhh mati-mati ingat tiga ringgit tadi. Kami pun bayar dan cari tempat duduk untuk makan. Benda baru lagi aku belajar haritu.
Lepas makan kami turun bawah. Jalan-jalan dekat situ. Sempat juga aku beli dua helai t-shirt. Tengok baki duit ada lagi tujuh ringgit. Okey dah tak nak beli dah, dah pokai. Aku nampak ramai kawan-kawan aku yang bertenggek dekat satu kedai handmade ni, jadi kami pun joinlah sekali. Akak tu jual barang cute-cute gila. Dia suruh follow dia punya account facebook tapi aku dah lupa nama dia pula. Aku tak beli, cuma tengok-tengok saja. Masih ingat lagi duit hanya tinggal tujuh ringgit saja.

Kakak tu suruh kami ambil gambar, jadi jangan lepaskan peluang. |
Pukul 12 tengah hari semua berkumpul di bas dan kami memulakan perjalanan ke Pasir Mas pula. Ini baru tujuan utama kami datang ke sini. Iaitu memberi bantuan kepada mereka yang pernah terlibat dalam banjir tahun lalu. Kami sampai di sebuah masjid pada pukul 12:45 tengah hari. Aku dah tak ingat nama masjid tu apa. Yang aku tahu masjid tu jauh dalam kampung. Kami berjalan beramai-ramai ke masjid itu.
Walaupun tok bilal dekat sini cakap kelantan tapi aku fahamlah juga sikit-sikit. Dia kata dulu masa banjir air naik paras tinggi sangat tapi dekat masjid ni air naik betul-betul paras tangga saja. Aku tengok kawasan sekeliling dia kebanyakannya berselerak dan dah rosak tapi masjid ni masih kekal utuh dan elok. Kuasa Allah, tak ada siapa yang dapat tandingi. Bantuan yang diberi ialah beberapa sejadah, telekung dan yaasin. Waktu cikgu Khalilah hulurkan bantuan kepada tok imam masjid tu, cikgu minta supaya tok imam tu doakan kejayaan anak-anak badlishah. Cikgu cakap sampai menangis tau. Aku terkedu sebentar. Tak pernah aku tengok cikgu dalam keadaan macam tu selama ni. Aku nampak cikgu betul-betul nak kami semua ni berjaya. Terima kasih cikgu.
Kami solat jamak di situ dan beransur pergi selepas mengambil gambar. Banyak benda yang aku dapat belajar haritu. Keikhlasan dan sedikit bantuan mungkin dapat membantu meringankan sedikit beban seseorang. Mungkin hari ni kita tolong orang, nanti-nanti orang tolong kita pula. Jadi jangan berkira sangat.
Pada jam 2 petang kami berhenti makan dan sambung perjalanan pada pukul 2:40. Selesai sudah misi dan lawatan kami. Sekarang road to Kulim pula. Macam yang aku cakap tadi, banyak benda yang aku dah belajar selama lawatan ini. Serius cakap, aku tak menyesal pun pergi. Memang best sangat. Masa bersama kawan-kawan, bersama cikgu, melawat tempat-tempat yang menarik, laut yang memukau, aku tak akan pernah lupa semua tu. Dapat juga rapat dengan kawan-kawan yang sebelum ni langsung tak pernah tegur. Sebenarnya banyak benda lagi yang berlaku tapi aku ringkaskan saja dalam entry ni. Terima kasih semua, terima kasih cikgu.
Setelah berjam-jam duduk dalam bas, akhirnya kami sampai di Kulim pada jam 8:45 malam. Lupa pula esok tu Ahad dah sekolah pula. Berat rasa nak turun dari bas, kalau boleh nak bas tu jalan lagi tapi apakan daya. Nak kena halau dengan driver try lah.
Kami solat jamak di situ dan beransur pergi selepas mengambil gambar. Banyak benda yang aku dapat belajar haritu. Keikhlasan dan sedikit bantuan mungkin dapat membantu meringankan sedikit beban seseorang. Mungkin hari ni kita tolong orang, nanti-nanti orang tolong kita pula. Jadi jangan berkira sangat.
Pada jam 2 petang kami berhenti makan dan sambung perjalanan pada pukul 2:40. Selesai sudah misi dan lawatan kami. Sekarang road to Kulim pula. Macam yang aku cakap tadi, banyak benda yang aku dah belajar selama lawatan ini. Serius cakap, aku tak menyesal pun pergi. Memang best sangat. Masa bersama kawan-kawan, bersama cikgu, melawat tempat-tempat yang menarik, laut yang memukau, aku tak akan pernah lupa semua tu. Dapat juga rapat dengan kawan-kawan yang sebelum ni langsung tak pernah tegur. Sebenarnya banyak benda lagi yang berlaku tapi aku ringkaskan saja dalam entry ni. Terima kasih semua, terima kasih cikgu.
Jadi aku pun balik ke rumah dengan kenangan yang tersimpan. Ini merupakan trip ketiga aku selama aku di sekolah menengah. Cuma kali ni pergi tiga hari, yang sebelum-belum ni pergi sehari saja. Jadi pengalaman dan memori tu mestilah lagi banyak dan akan selalu aku rindu. Satu hari nanti aku nak datang Terengganu balik tapi bukan Setiu. Kita pergi Pulau Perhentian pula. In shaa Allah kalau ada rezeki. Thank you :)
No comments:
Post a Comment