Tuesday, December 16, 2014

Dia ada untuk kita.


Aku katakan diri aku bahagia
Jauh dari segala duka dan lara.

Aku sibuk bersuka ria dan ketawa
Bagai dunia tiada penghujungnya.

Aku leka dengan hal dunia
Padahal ianya hanya sementara.

Aku terlalu membandingkan
Apa yang aku tak ada dengan apa yang orang ada.
Sampai tahap aku lupa apa itu syukur.

Sehingga suatu ketika, aku tersungkur.

Aku tidak lagi bahagia.
Aku tidak lagi mampu ketawa bahkan bersuka ria
Aku tidak lagi memandang apa yang orang ada.

Aku hanya mampu duduk.
Memeluk tubuh menangis pilu.
Mengeluh akan sakit yang dirasa
Menangis akan kesilapan sendiri.

Aku pun mulai sedar...

DIA ada sentiasa perhatikan kita.
Saat kau susah atau senang.
Apabila kau senang kau lupakan Dia
Tapi bila kau susah kau mula ingatkan Dia

Dan pada ketika itu Dia masih ada dengan kau.
Tetap sentiasa mendengar doa dan rintihan kau.

Jangan pernah berputus asa,
Dalam meniti liku-liku kehidupan

Kerana Dia sentiasa ada untuk kita.

Saturday, November 15, 2014

The best planner of all



Sekalipun kelihatan takdir Allah memeritkan,
Yakinlah di dalam lipatannya ada rahmat yang agung.

Sekalipun engkau buruk di mata manusia,
Jika engkau cinta dan kasihi DIA,
Engkau tetap sempurna di mataNya.

Sekalipun engkau sendiri ditinggalkan manusia
Jika engkau bersabar dan yakin dengan takdirNya
Allah sentiasa ada memenuhi ruang hati engkau yang kosong.

Percaya padaNya.

DIA sedang menyiapkan rancangan yang terbaik untuk kita.



Friday, November 14, 2014

Sincerely, me.

  















I choose to love you in silence,
Because in silence I find no rejection.
and in silence no one owns you but me.





Sunday, October 26, 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan



رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ

“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”

Friday, October 24, 2014

Dia

Saat kau lapar, dia ada datang menyuap.
Saat kau menangis, dia ada datang mengusap.

Saat kau sakit, dia ada datang membelai.
Saat kau dalam kesusahan, dia ada datang memeluk.

Saat kau dipinggirkan, dia ada datang menemani.
Saat kau gentar, dia ada datang meniupkan kata semangat.

Dan....

Saat kau rasa kau gagal dalam dunia ini,
Dia ada setia mendoakan kau dalam setiap sujudnya.

Namun...

Apa balasan yang kau berikan ?

Saat kau marah, kau meninggikan suara padanya.
Saat kau ditegur, kau menarik muka padanya.

 .........

 Saat kau menerima kejayaan, kau lupa untuk berterima kasih padanya.

 "Layakkah kau digelar sebagai seorang anak?"

 Aku terdiam.

Wednesday, June 18, 2014

BUTA

Terlalu mengejar bintang,
Sehingga lupa rumput di bumi.
Terlalu mengejar kasih yang belum pasti,
Sehingga lupa kasih yang ada di sisi.

Butanya aku.

Terlalu mengejar orang yang telah jauh dari sisi,
Sehingga lupa akan mereka yang sentiasa ada menemani.

Jahilnya aku.

Moga semua ini akan cepat berlalu.

Moga hati ini segera 'pulih' hari demi hari.

Friday, June 06, 2014

SUARA HATI PART 2

Terbitnya fajar dari timur.
Mulanya hari yang baru.



Dia bangun menghadap Ilahi.
Merafakkan rasa syukur atas kurniaan ini.
Kurniaan hidup yang tidak mungkin berulang lagi.


Setiap hari dia mencari semangat yang baru.
Setiap hari juga dia menghadapi dugaan yang baru.



Saat diri cuba untuk bangun semula.
Bangun menghadap ujian yang menimpa.
Saat itu keluh kesah meniti di bibir.



- - - - -


Yang hilang mungkin akan berganti.
Tetapi tidak mungkin akan pernah sama.


Kebahagiaan ini tidak akan pernah berganti.
Kenangan ini akan sentiasa dirindui.


Biar jauh di sisi
Tetapi tetap setia di hati.


Hanya doa mampu dititipkan.
Moga kau bahagia di sana.

Thursday, June 05, 2014

SUARA HATI PART 1

Orang sering berkata.
Perempuan itu lemah.
Selemah-lemahnya hingga sering dipijak hatinya.


Pernah tak engkau terfikir.
Bagaimana setiap hari apabila dia bangun
Apa yang dia rasa ?


Pernah tak engkau terfikir.
Bagaimana hari-hari yang dilaluinya.
Penuh dengan kata maki dan cacian ?


Pernah tak engkau terfikir.
Bagaimana seorang demi seorang yang dia sayang.
Pergi tinggalkan dia sendirian ?


Pernah tak engkau terfikir.
Apa kata suara hatinya.
Tentang hidup yang jahil ini ?


Pernah tak engkau terfikir ?

- - - - -

Monday, June 02, 2014

SYUKUR

Nikmat itu indah.
Seindah nikmat syukur.


DIA memberi.
Kita menerima

Tapi pernahkah kita bersyukur ?

Ya ?
Tidak ?


Kita sering merungut kerana tidak dapat apa yang diingini.
Tapi kita sering lupa untuk bersyukur atas apa yang diberi.


Aku cuba belajar untuk bersyukur.
Aku cuba belajar dari pengalaman.


Kekadang kerana hilangnya nikmat syukur inilah yang memakan diri.


Kita kehilangan.
Kita berdoa agar dia dikembalikan.


Tetapi dia tidak dikembalikan.
Malah dia digantikan dengan yang lebih baik.


Di situ letaknya nilai kesyukuran kita.
Sama ada kita menghargainya atau tidak.
Jika tidak , penyesalan menanti di kemudian hari.


Masa yang berlalu tidak akan pernah kembali.
Bertapa tinggikah nilai syukur kita atas masa yang diberi ini ?

Friday, May 09, 2014

RINDU.

Aku rindu.

Rindu pada kenangan dahulu.


Kenangan.

Kenangan mengajar aku erti sabar.
Kenangan mengajar aku erti menyayangi.
Kenangan mengajar aku erti merindui.


Waktu.

Waktu mengajar aku untuk menghargai.
Waktu mengajar aku untuk mengingati.
Waktu mengajar aku untuk menanti.


Masalah.

Masalah menjadikan aku untuk terus bersabar.
Masalah menjadikan aku untuk terus kuat.
Masalah menjadikan aku untuk terus memandang ke hadapan.

Tapi ...

Kutukan.

Dengan kutukan membuatkan aku lemah.
Dengan kutukan membuatkan aku berputus asa.
Dengan kutukan membuatkan aku makin membenci.


Mengapa harus begini ?

PENANTIAN.

Penantian ini terlalu lama.
Penantian ini terlalu sukar.
Penantian ini terlalu perit.

Dia.

Dia yang diingati.

Makin jauh dari sisi.


Mereka.

Mereka yang disayangi.
Mereka yang dikasihi.
Mereka yang dirindui

Makin diri ini dilupai.


Aku.

Aku akan terus menanti.
Menanti mereka yang tiada di sisi.
Hingga benar diri ini dihargai.

Saturday, April 12, 2014

Lost World of Tambun.

assalamualaikum .




            Hai . hari ni hari sabtu . tarikh em 12 april 2014 . kali ni aku nak cerita pasal lawatan sekolah ke lost world of tambun sabtu minggu lepas . dah seminggu pun berlalu . budak yang pergi batu ferringhi pun dah balik . memang pemalas betul aku ni nak update entry kan . sengaja nak melambat-lambatkan hm . okay so back to the story . pagi sabtu tu aku bangun awal , pukul 0605 am kot . haha awal lah sangat kan . janji dengan cikgu kena berkumpul di sekolah pukul 0700 am . tengok-tengok pukul 7 aku masih ada dekat rumah . kalut punya kalut , sampai dekat sekolah pukul 0710 am . tengoklah , ini budak badlishah yang tak punctual . bila sampai tu , aku tak nampak langsung kengkawan aku . sepi semacam jaa . time tu aku terfikir "aku mai awal sangat ka ?" . memang lawaklah kan kalau mai pukul 0710 am tu dikatakan awal . bila naik ja bas , tengok-tengok semua dah ada dalam tu . okay sedih . siap diperli lagi , "awal sampai" . ini memang menyedihkan .



           Selepas semua dah ada dalam bas , perjalanan pun dimulakan . memang kecoh lah dalam bas tu . nak-nak lagi bila ada anak-anak cikgu sekali . memang meriah habis . tapi aku takda lah nak join sangat . macam tak diperlukan jaa . so earphone in , music on dah lah . aku duduk sebelah puteri nursharmiza . adakala dia join lah aku dengar lagu sekali , adakala juga dia tinggal aku sorang-sorang , pi duduk dekat belakang . so takpalah , dah biasa . duduk sorang-sorang lagi best tau . hang nak terlentang ka , nak meniarap ka semua boleh . k tu over terlebih . dalam around pukul 9 macam tu , kami dah sampai dekat perak . berhenti dekat RNR untuk sarapan . then kami teruskan perjalanan .



         Disebabkan pakej yang kami pilih untuk lost world tu start pukul 12 tengah hari , so kami singgah dulu tempat lain untuk mengisi masa yang ada . kellie's castle ialah tempat yang kami tuju . bila aku pi sana , memang terpinga-pinga , tak tau langsung apa sejarah bangunan ni . asyik dengar orang sebut bangunan ni berhantu ja lah tapi tak tau apa yang menyebabkan berhantu sangat tu . bila masuk dalam tu , aku cuma tengok-tengok jaa bilik-bilik dia . nak baca artikel-artikel yang ada dekat situ memang tak lah . pemalas yang amat . tapi berdasarkan cerita dari orang , bangunan ni dulunya ada sebuah keluarga yang tinggal . lepas ahli dalam keluarga ni meninggal dunia , penduduk-penduduk kampung di situ mendakwa mereka ada ternampak roh-roh ahli keluarga tu berkeliaran di bangunan tu . aku ada baca lah sikit , artikel tu kata roh-roh tu cuma berkeliaran pada waktu malam saja . cikgu-cikgu aku pun ada kata , kalau pi dekat beberapa bilik dekat situ , memang akan rasa something yang tak kena , seolah-olah ada someone di situ .



         Yang seram lagi , masa tu aku dan kengkawan berpakat nak masuk dalam satu bilik arak ni . tolak punya tolak , last-last aku yang kena jalan dulu . memang ingat aku berani lah sangat kan . bila turun , tak nampak apa pun , gelap ja bilik tu . depa suruh aku suluh satu ruang ni , aku suluh lah tak takda apa pun . then kami pakat nak keluar lah dari bilik tu . nak tunggu apa lagi kan . tiba-tiba , tak sempat aku nak keluar pintu tu tertutup . tertinggal lah aku , qis dan sorang junior lelaki dalam tu . memang seram habis , kami pun jerit ja lah . tengok-tengok puteri sengaja tutup pintu tu sebab dia rasa ada bayang-bayang dari bilik tu yang ikut dia . fiffy pun rasa benda yang sama . betul ka tak , yang tu aku tak taulah . wallahu a'lam . apa-apa pun , alhamdulillah aku tak nampak apa-apa . tidak trauma lah jawabnya .



         Then kami teruskan perjalanan ke lost world of tambun . kami sampai di lost world around pukul 1153 am macam tu . lepas dah daftar , ambil tag apa semua , kami dibawa oleh petugas ke wakaf yang disediakan khas untuk smk sultan badlishah . serious talk , rasa istimewa sangat . dah la wakaf kami tu adalah wakaf yang paling atas dan besar . haaa istimewa sangat kan . kalau datang dengan parents pun tak dilayan seistimewa ni tau . selepas dah salin pakaian yang bersesuaian , aku , puteri , qis , tehah , anis dan fiffy pergi main mainan yang kering dulu . permainan first yang kami main adalah swing . dekat swing ni paling aku suka sebab dia buat macam kita seolah-olah boleh terbang jaa . tinggi yang amat . kadang-kadang aku terfikir , terbang-terbang kot satgi melambung terpelanting macam mana haih . minta dijauhkan . then kami main pirate ship . part ni yang aku tak suka . main benda ni dua tahun yang lalu dkt i-city shah alam pun tak lupa lagi tau . dia punya geli perut tu memang takleh tahan . bila naik ja benda ni , aku memang takleh nak cover duduk diam . tetap kena jerit baru lah tak terasa gayat tu . ada lagi permainan kering yang lain , yang kami main . malas nak cerita .



          Lepas tu , aku dan puteri share duit untuk sewa pelampung . qis , fiffy , tehah dan anis sewa juga satu pelampung . then sampailah masa untuk main air pula . kolam yang kami pi ni , dia panjang macam sungai . menyusuri sampai ke belakang hutan sana . tapi takda lah hutan mana pun . masa ni aku dengan puteri terpisah dengan kengkawan yang lain . so takpa lah kami tetap teruskan perjalanan . bila rasa pelampung tu macam jalan lambat ja , aku or puteri turunlah bergilir-gilir tarik pelampung . bila makin ke belakang , makin sunyi jaa . orang pun ada sikit jaa . kami tembus di kolam kanak-kanak . then kami decide nak naik gelongsor . agak frust menonggeng di situ apabila , nak naik gelongsor tu tak payah guna pelampung yang disewa . dah ada pelampung disediakan . kalau macam tu baik tak payah sewa pelampung . pembaziran terasa di situ hm . so takpalah . kami pun bawalah pelampung yang disediakan . panjat tangga tinggi-tinggi . first gelongsor yang kami main yang straight punya . takda simpang-siur bagai . tapi yang straight tu lah membuatkan sampai tudung aku tercabut keluar . memang kurenggg habis . tapi then aku cepat-cepat lah pakai balik . memang takda lah nak buat free show dekat situ kann .



         Sebenarnya dekat situ ada 5 gelongsor . 1 yang straight punya , yang lagi 4 bersimpang-siur . settle gelongsor pertama , aku dengan puteri pi panjat tangga nak naik gelongsor kedua pula . masa nak naik tu duk dupdapdupdap tapi best . sampaikan puteri yang sakit tekak pun boleh menjerit . memang best lah kalau nak cerita . tapi bila dah dekat ending gelongsor tu , pelampung kami boleh pula buat terbalik . apalagi tenggelam lah kami berdua buat beberapa saat . orang lain semua boleh landing elok ja atas air , kami ni lain pula haih . lepas dah naik dari air , abang dekat bodyguard dekat situ boleh pula kata "cantik dah . nasib baik cepat naik , tidak mesti lemas." . hampehh . bukan nak tolong . sembang jaa kemaihhh . okay sorry bang , saya termengutuk . lepastu , kami pi balik dekat wakaf . dekat wakaf kami terjumpa aina najwa dan cua'  then kami decide nak naik roller coaster sama-sama . naik roller coaster ni okaylah . sekadar untuk ambil angin sepoi-sepoi . dia macam naik train jaa . tak macam roller coaster yang sebenar pun . lepastu kami lari-lari anak balik ke wakaf untuk lunch . haa dekat lost world ni yang aku suka , bila nak jalan tak payah pakai kasut . takda sapa peduli nak berkaki ayam ka dak . tu yang best . rasa free semacam jaa haha .



            Lunch yang disediakan haritu sedap . even ramai yang kata nasi dia hangit lah apa tapi bagi aku sedap . tapi bila difikir-fikirkan balik , memang lah sedap . dah makanan hotel katakan haih . lepas lunch , aku , puteri , aina dan cua' pi masuk rumah hantu pula . haaa ini memang best . tak ramai kengkawan aku yang sempat masuk rumah hantu . ni pengalaman yang tak dapat dilupakan di lost world . Lepas dah bayar duit untuk masuk , kami pun tunggu giliran nak masuk . dia ada dua pintu , satu pintu masuk dan satu pintu keluar . sekali masuk kena lima orang . kami cuma ada empat , jadi abang yang ada belakang aku tu , jadilah segroup dengan kami . ada group yang bila masuk okay ja tapi bilik keluar dari bilik tu semuanya tercungap-cungap . seram ja aku tengok . sambil kami tengah sembang tu , aku rasa ada something yang tengah perhatikan kami . bila aku pandang , takda apa pun . then aku cuba pandang dekat pintu keluar tu . sesekali bila langsir dia terselak , aku ternampak sepasang mata yang perhatikan . muka dia , hm tak payah cerita memang dan amat buruk sekali . mekap dia kalah opera cina . aku cuba nak bagitau dekat kengkawan yang lain . dalam aku nak bagitau tetiba 'hantu' tu sergah kami . dia tunjuk muka siap tongkat dia lagi tau . yang kami ni apa lagi , menjerit tak ingat dunia . tangan aina najwa terus terketaq-ketaq . lupa dah yang ada lelaki belakang kami tu . aku pula apa lagi , 'termencarut' free lah dekat hantu tak guna tuu . kan dah kena haaa .


           
           Lepas dah kena sergah tu , semua pakat merayu dekat abang penjaga rumah hantu tu kata tak jadi masuk . kami rela duit yang dibayar tu rugi dari nanti tak pasal-pasal kami 'mati' sebab sakit jantung . rayuan tak diendahkan . sedih . tiba giliran kami untuk masuk . bila abang tu dah buka pintu suruh masuk , semua kaki pakat keras . takut gila lah . sebab semua pakat tolak tak mau masuk , abang yang ada belakang aku tu yang jalan dulu . tingga lah aku yang terakhir di belakang . dalam hati aku , mesti teruk kami kena satgi sebab hantu dah aim kami dari luar lagi . memang kecut perut habis . first-first masuk dah kena kacau dah cuma tak banyak hantu sangat . aku tak boleh cerita sangat macam mana keadaan dalam rumah hantu tu sebab aku kebanyakkan asyik tutup mata dan peluk cu'a ja dari belakang . mau dok tau aaa , aku duduk belakang sekali kot . hantu tu pula gatal tangan asyik nak sentuh-sentuh bahu orang . memang kurang ajar lah namanya kan . sesekali bila aku sound hantu tu , makin galak dia hampiri aku . siap jerkah tepi telinga aku lagi . aduh boleh aku rasa getaran halkum dia tu . pekak telinga seminggu satgi macamana . tapi yang aku ingat suasana rumah hantu tu , kejap rasa sejuk , kejap rasa panas . sebab aircond maybe . hantu dia pun berubah ikut ruang . kejap ada nenek kebayan , kejap ada pontianak , kejap ada pocong . nak mati dah kot agaknya . nasib baik ada abang tu dekat depan kami . sekurang-kurang berjalan jugaklah kami . kalau tak mesti tak berjalan dah , berhenti menangis dekat situ jaa .



           Bila dah sampai di ruang yang terakhir , aduh memang banyak hantu yang berkeliaran di situ . rasanya setapak kami berjalan , ada ja hantu yang datang memekak telinga . yang dia tau cuma jerkah ja , cuba sesekali hulurkan salam perkenalan ka apa kannn . ada juga faedahnya . or maybe hantu tu bangla ka nepal sebab banyak pekerja dia yang warga asing . okay aku tau . kalau sound banyak manapun bukannnya 'hantu' tu nak faham bahasa melayu kann . lepas dah keluar tu semua pakat terduduk . nikmat gila rasa . kami seperti group yang lain , keluar dengan tercungap-cungap . cuma kami ni over sikit tercungap dia . lagak macam orang baru lepas kena kejar dengan hantu . eh tapi memang hantu pun kan . rasa geram aku dekat hantu masih tak hilang lagi . aina siap boleh bangun dan sound itu ini lagi dekat abang penjaga tu . kesian abang tu hahaha rasa amarah dilepaskan pada dia . well done aina . lepas keluar tu aina boleh buat lawak kering dia dekat kakak kaunter tu . dia tanya "kak , ada disediakan strepsils tak?" . kakak tu senyum ja sambil kata takda . kami yang dengar ni pun rasa nak tergelak . tapi memang betul lah . aku rasa semua rumah-rumah hantu ni patut sediakan strepsils untuk semua pengunjung dia . mau dok tau aaaa , sakit tekak kot masuk rumah hantu tu . jerit sana , jerit sini . apa-apa pun , kami rasa maybe kami pelanggan yang paling extreme pada hari tu . mana tak nya , sembang dah lah kuat-kuat tak ingat dunia , buat macam tak takut langsung . bila dah kena pehhhh abang tu yang kena sound . hahahaha apa-apa pun best sangat .



            Lepas rumah hantu , kami pergi balik main swing dan pirate ship . masa main swing seronok lah . boleh jaa kalau nak aku main 10 kali pun tapi kalau pirate ship hmm memang tak lah . baru naik dua kali pun aku dah rasa nak muntah . untuk kali ketiga ni aku tak naik dah . aku dan aina tunggu ja dekat luar gate . puteri dan cu'a ja yang naik . lepas dah penat main semua , kami decide nak habiskan ja waktu di kolam dewasa . memasing tarik pelampung dan pergi ke kolam . dekat sini pun kami jadi extreme . aku rasa group kami ja yang duk terjerit-jerit macam orang tak betul . orang semua main diam-diam jaa . mana tak nya , cu'a dan puteri asyik nak kenakan orang jaa . aku dan aina ja yang asyik jadi mangsa . cu'a suka selam dalam air then tarik kaki orang . kalau boleh nak geletek sekali . aku kalau bab kaki ni memang sensitif sikit lah . ya lah , kita perlukan kaki kan untuk tahan badan bila ada dalam air . dia pula senang ja nak main tarik kaki orang . bila kaki aku ditarik , memang aku 'selamkan' cu'a lah dalam air . untung saja dia tak lemas . puteri pula suka terbalikkan pelampung orang . pernah sekali aku ada atas pelampung then dia datang dari bawah dan terbalikkan pelampung . memang jerit lah aku jawabnya . abang bodyguard yang ada dekat situ terus tengok kami . malu memang lah tapi best apa hahaha . apa-apa pun yang jadi , kami enjoy haritu . best sangat . penat yang menyeronokkan .



           Lebih kurang tinggal lagi 15 minit sebelum pukul 4 , kami gerak pula ke kolam air panas . teringin juga aku nak merasa duduk dalam air yang suam-suam ni . selagi belum cukup masa , memang kami gunakan sebaik mungkin lah . dekat kolam air panas ni bukan orang tua ja yang ada . semua peringkat umur ada . best lah . kolam air panas menenangkan . siap ada yang boleh selam lagi dalam tu . mula-mula panas lah , lama-lama duduk dalam tu , dah rasa biasa . cu'a dan puteri duduk tepi tangga . maybe letih dah kot . aina awal-awal lagi dah seret pelampung balik wakaf . lepas dah pukul 4 , kami keluar dari kolam dan siap-siap untuk solat dan balik . part ni yang sedih . hmm nak balik dah . around pukul 5 macam tu kami daftar keluar . sempat jugaklah cuci-cuci mata tengok cenderamata dia dekat situ . disebabkan aku dapat baucer RM10 dekat rumah hantu , akak tu kata boleh tebus t-shirt . so aku ambil lah satu t-shirt lost world , dua keychain . bila bayar kan , mak aiiii harga dia . cekik darah habis . around RM 40+ . bukannya aku beli banyak mana pun . memang penipu habis kata boleh tebus baucer lah apa haih . sakit pula hati ni . lepas bayar tu , aku terus naik bas . diam jaa . rasa macam ada satu pembaziran .



          Lepas semua dah ada dalam , kami pun bertolak balik . rasa macam sedih pula tapi dalam satu masa , rasa gembira . gembira kerana ini pengalaman pertama aku pergi jenjalan dengan kengkawan dekat badlishah . even satu hari saja . bila dalam perjalanan balik tu , aku duduk sorang . puteri pergi duduk belakang . so boleh lah nak terlentang ke apa kan . nak-nak lagi tengah hujan ni . entah bila aku terlena , tengok-tengok bas berhenti di rnr . lepas dah makan dan solat jamak maghrib dan isyak , kami sambung perjalanan hingga sampai ke kulim . kami sampai sekolah around 9 malam . bila sampai rumah , penat tu memang ada . nak-nak lagi bila esok sekolah . tapi apa-apa pun , aku bahagia dengan pengalaman ini . mungkin sekejap tapi sangat bermakna . harap dapat lagi pergi lawatan macam ni dengan kengkawan . semoga peluang seperti ini akan ada lagi di masa hadapan .