Tuesday, December 16, 2014

Dia ada untuk kita.


Aku katakan diri aku bahagia
Jauh dari segala duka dan lara.

Aku sibuk bersuka ria dan ketawa
Bagai dunia tiada penghujungnya.

Aku leka dengan hal dunia
Padahal ianya hanya sementara.

Aku terlalu membandingkan
Apa yang aku tak ada dengan apa yang orang ada.
Sampai tahap aku lupa apa itu syukur.

Sehingga suatu ketika, aku tersungkur.

Aku tidak lagi bahagia.
Aku tidak lagi mampu ketawa bahkan bersuka ria
Aku tidak lagi memandang apa yang orang ada.

Aku hanya mampu duduk.
Memeluk tubuh menangis pilu.
Mengeluh akan sakit yang dirasa
Menangis akan kesilapan sendiri.

Aku pun mulai sedar...

DIA ada sentiasa perhatikan kita.
Saat kau susah atau senang.
Apabila kau senang kau lupakan Dia
Tapi bila kau susah kau mula ingatkan Dia

Dan pada ketika itu Dia masih ada dengan kau.
Tetap sentiasa mendengar doa dan rintihan kau.

Jangan pernah berputus asa,
Dalam meniti liku-liku kehidupan

Kerana Dia sentiasa ada untuk kita.