Hai . Hari nie 10 disember 2013 bersamaan hari selasa pukul 2:43 pm . syukur kita masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas di bumi allah sehingga sekarang . untuk dua saat , alhamdulillah . okay sekarang aku tengah stress dengan modul untuk cuti sekolah nie . ingatkan cuti sekolah nie bolehlah topup balik tidur , topup balik tengok tv , topup balik online , tapi hm modul memusnahkan segalanya . sodisss . tapi takpa , ada beberapa tajuk saja lagi untuk disiapkan so , watlek watpeace dah lah . *goyang kaki
Okay cerita pasal modul tu kita bungkus dulu , simpan dalam tudung saji . esok-esok baru ambil balik untuk 'makan' en ? Hari nie aku nak cerita pasal percutian aku bersama keluarga pada selasa minggu lepas . cepat kan masa berlalu , seminggu sudah berlalu . hm it's okay . Okay setelah 3 tahun kami sekeluarga tak pergi bercuti mana-mana , terperap ja dalam rumah , mak ayah pula sibuk dengan kerjaya masing-masing , akhirnya cuti kali nie kami memilih satu tempat untuk becuti . dekat ja , tak jauh .
Langkawi destinasi kami (padahal dah siap terpampang dekat tajuk) . Even langkawi dalam kedah juga , tapi perjalanannya ala-ala sejauh kedah ke KL taw . kedah ke kl ambil masa 4 jam , samalah juga nak pergi langkawi . Dari kulim ke kuala kedah ambil masa 2 jam , naik feri 2 jam jugak , 4 jam bukan ? mana tak kebas habis kaki -kaki .
Dah tadi kata perjalanan dua jam , takkan nak ambil gambar seminit dua pun tak sempat en ? masa dalam kereta nie memang serius bosan aku cakap . paling habis pun dengar lagu di radio , dengar DJ radio berceloteh itu ini , tengok pemandangan dekat luar sampaikan beras sawah padi pun aku boleh kira . *pembohong . Baru aku fefeeling nak tidur , tengok-tengok dah sampai kuala kedah , so apa lagi , heret beg pula jawabnya . kami sampai jeti dalam pukul 2 petang dan feri bertolak pukul 2:30 petang , so tak payahlah tunggu lama sangat en .
Bila dah naik feri , aku sekali lagi fefeeling nak tidur takut-takut kejap lagi termuntah ke , terpengsan ke , sapa tahu . Pejam punya pejam , tak terpejam pejam juga . so aku berjagalah sampai feri berhenti di jeti langkawi . Bila dah sampai tu , ayah sewakan kereta saga . Ah standard kan guna kereta saga , sesekali nak juga merasa naik kereta proton . Then , kami check in di de' baron resort .
Lepas habis breakfast , kami saja-saja buat rondaan di sekeliling hotel . Then , kami pun keluar jenjalan guna kereta sewa saga ala-ala kebanggaan kami tu . Masa tu dekat langkawi hujan renyai-renyai tapi alhamdulillah tak banjir macam di terengganu kelantan dan pahang . doakan mereka selamat . tengah on the way , berhenti dekat satu kilang minyak gamat tepi jalan nie . macam-macam jenis minyak gamatlah yang mama borong , ikut hati nak aje bawa balik sekali dengan tauke kilang tu kot .
Then kami pergi ke cable car . masuk-masuk ja orang ramai dah siap beratur sampai ke pagar luar . mak aih , nie bukan nak naik cable car , nie beratur dah macam nak jumpa demi lovato pula . Dah orang ramai sangat , kami sekeluarga decide tak nak naik cable car , kalau tak , malam tu kami tidur dekat situlah jawabnya en .
Tak nak buang masa , kami shopping jelah apa-apa yang patut dekat oriental village . serious talk , aku suka tengok oriental village nie . kedai-kedai dia semua ber'ala-ala kan rumah kampung , jalan dia pun sempit dan persimpang -siur macam jalan kampung . time tu aku rasa macam tengah ada dekat kampung sebenar ja haha . Pukul 12 tengah hari , kami pergi tengok wayang . actually bukan tengok wayanglah sangat . dia macam kita kena pakai cermin mata 3D dan bila kita tengok skrin tu , kerusi kita akan gerak-gerak . macam wayang yang ada dekat petrosains kl tu . wayang dia best , ala-ala macam aku naik helikopter yang real , jatuh sana jatuh sini , terlanggar tu terlanggar nie , jerit ? aku diam ja . ayah , mama dan adik ja yang jerit lebih-lebih . padahal bukan betul-betul pun.
Kemudian , kami pergi lawat makam mahsuri pula , macam biasa guna kereta sewa kebanggaan kami tu S A G A . Makam mahsuri pun seronok juga , bagi orang yang tak menjiwai atau dalam erti kata lain , takda jiwa , mesti takkan faham nilainya kisah mahsuri di mata masyarakat . kami tengok salasilah hidup mahsuri , keturunannya , dan kubur beliau dikebumikan . ada juga tayangan lakonan semula tentang kisah hidup mahsuri . mahsuri seorang perempuan yang cantik . aku ada terbaca tentang kecantikan mahsuri dia situ , dia kata " dahi mahsuri seluas pantai di timur barat , mata mahsuri secantik bintang di langit dan mulut mahsuri sekecil kelopak bunga " aku terfikir sekejap , kalau mulut mahsuri sekecil kelopak bunga , macam mana dia nak makan ? mesti nak sumbat ayam goreng pun tak muat kan hihi .
Lepas lunch , kami bercadang pegi ke book village . pergi-pergi penjual karipap dekat situ kata book village tak wujud dah . kurengggg ternyata book village dah ditutup tanpa ucapkan byebye kepada kami , sadisss . berdekatan book village yang dah tak wujud tu ada air terjun . walaweiii syok tau . walaupun book village ilek (tak ada ) , tapi air terjun ada . even tak bawa baju lebih tapi kami singgah juga , singgah nak tengok-tengok , manalah tahu dekat sungai tu .
Lepas tu , kami balik hotel . rehat-rehat jap , then keluar shopping dekat haji ismail group . haji ismail group nie baju pekerja nie semua ala-ala baju kadet . sekali aku pandang dah macam kadet lelaki dekat sekolah aku daaa . okay dah alang-alang shopping nie , mama pun apa lagi , pinggan mangkuk kuali periuk sudu sudip pisau parang semuanya diborong . nasib baik tak diborong tuan kadet tu sekali hihi . bila dah malam , kami balik solat dan tidur , tunggu untuk hari esok yang akan datang pula .
Hari terakhir kami di langkawi . time nie ada di dataran lang . dekat dataran lang nie takda apa-apa pun . cuma sebuah patung helang yang besar tersergam indah dan lautan biru yang terbentang luas , itu aje tapi aku kagum dengan ciptaan ini . so lepas dah puas tengok kami pergi shopping sikit lagi hihi , rehat-rehat dekat hotel then check out dari hotel . feri pukul 4:00 , kami bertolak balik .
Sampai di sini saja entry aku kali ini . percutian kami di langkawi selama 3 hari 2 malam memang superb . walaupun sekejap tapi bessst . jadi setiap masa yang kita ada , setiap masa yang dapat kita luangkan , luangkan lah bersama insan tersayang . kita tidak tahu esok dan hari akan datang , masihkah kita ada di sini . takdir menentukan . assalamualaikum :)