Tuesday, December 10, 2013
Beginning of Us.
assalamualaikum.
Selamat bercuti semua . Jadi hari nie dah masuk 9 Disember 2013 , pukul 2:02 am dan aku masih di sini , di hadapan laptop , update blog. Setelah sekian lama aku tinggal blog nie , akhirnya aku kembali . Entah kenapa tetiba hari nie ada feeling nak hadap blog aku sendiri pun tak tahu . Mula haritu aku nampak blog aku nie dah macam tak berguna ja , dah macam boleh masuk tong sampah ja , dah macam boleh hantar tempat nak recycle ja dan bermacam lagi macam .Setelah 1 saat berfikir , aku decide nak delete blog nie . Cari punya cari , setelah 5 minit cari , aku tak tahu cara nak delete blog nie , menyedihkan bukan ? So nak senangkan cerita , aku privatekan jelah , apa susah ><
Jadi hari nie aku kembali , kembali menghadap blog usang aku nie . Kalau tengok dulunya blog aku penuh dengan warna-warna tapi sekarang , putih jaa , simple ja , motif ? aku tak tau . Habis semua apps aku remove , yang tinggal cuma yang nie ja . Buruk kan ? hm tak apa , tak kesah . Aku plan sepanjang sisa baki cuti yang masih ada nie , aku akan cuba update entry baru , itu pun kalau rajin , itu pun kalau ada mood , itu pun kalau laptop takda sapa kebas .
Macam aku kata tadi , hari nie dah masuk 9 disember . Ada beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun 2014 , dan beberapa hari saja lagi untuk sambut hari lahir aku *tetiba . Takpa untuk bornday aku kali nie , aku tak harapkan apa-apa hadiah , mahupun ucapan dari sesiapa . Aku cuma bersyukur kerana aku masih diberi mata untuk melihat , diberi telinga untuk mendengar , diberi mulut untuk berkata-kata , diberi hidung untuk menyedut udara bumi , diberi hati untuk merasa kasih sayang manusia , Alhamdulillah ya allah.
Kalau ada yang datang , pasti ada yang pergi . Begitu juga dengan tahun . Tahun datang bersilih ganti menandakan umur kita yang semakin meningkat . Tahun 2013 ialah tahun pertama aku bergelar sebagai pelajar sekolah kluster iaitu , Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah . Dulu dulu aku fefeeling sangat nak masuk sekolah nie . Satu daerah kulim memuji sekolah nie . Aku teringin nak masuk sekolah hebat macam nie . Disebabkan sekolah rendah aku dulu cuma bersebelahan dengan sekolah nie , aku selalu pandang dan lihat suasana di sekolah yang disebut-sebut oleh semua orang ini . dan sekarang aku dengan secara rasminya jadi pelajar sekolah di sini dengan result straight A's dalam upsr.
Hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah nie , aku bagai rusa masuk kampung . Walaupun sekolah nie hanya bersebelahan dengan sekolah rendah aku dulu , tapi aku langsung tak tau selok-belok sekolah nie . Aku pun berjalan ikut pelajar lain masuk ke dewan untuk perhimpunan yang pertama kalinya . Lepas habis dengar cikgu-cikgu dan pengetua berceramah yang dikatakan hanya 'sepatah dua kata itu' , kami pun berjalan keluar dari dewan itu. Aku memang serious talk tak tau manalah letaknya kelas aku so aku pun ikutlah dua orang budak lelaki nie dengan harapan aku akan terjumpa mana letaknya block form 1 . Ikut punya ikut , tiba-tiba dua orang budak lelaki nie berhenti semata-mata nak ambil beg depa dekat situ , then depa pusing belakang tengok aku dengan cuak . Aku terkejut , dengan selamba aku jalan straight tinggalkan dua budak lelaki tadi tu . Ternyata dua budak lelaki bukan nak pergi kelas pun , depa cuma nak ambil beg ja . Membazir masa ja aku ikut depa .
Setelah gunung ku daki , lautan api ku renangi , aku sedar yang aku dah tersesat , dan aku sedar yang aku dah lewat masuk kelas , jadi aku pun tahan ja mana-mana pengawas yang aku jumpa tepi jalan tu , tanya tolong tujukankan kelas aku . ya sangat dan amat memalukan . Masuk ja kelas , tempat semua dah penuh , time tu aku rasa macam nak ikat ja dua orang budak lelaki tu dekat pokok , tinggalkan biar kebuluran selama 5 hari 4 malam , tapi aku sedar , salah aku juga , jadi aku redha . Dalam kelas , ada sorang kawan aku yang dulunya juga pernah bersekolah di sekolah rendah aku , nama dia , Nurul Najwa Fatihah bt Mohd Radzi . Aku rasa lega sangat sebab dia sudi kasi aku kongsi tempat duduk dengan dia , kalau tak , lantai yang comel tu lah tempat aku belajar dalam kelas .
Aku jumpa ramai kawan-kawan baru masa first day . Semuanya baik . Tapi makin hari makin berkurangan sebab kebanyakan dapat tawaran ke sekolah yang lain . Jadi yang tinggal sekrang nie cuma qis , cu'a , najwa , fiffy , fatin , anis , tehah , isda , tasha , farzana dan puteri . Masing-masing ada karakter yang tersendiri . Ada yang lawak , ada yang kuat merajuk , dan ada yang menyakitkan hati juga . tapi takpa , itu semua akan jadi kenangan dalam hidup . First , kami memang tak rapat tapi hari semakin hari , sayang seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain semakin bertambah dan erat . Walaupun kekadang ada pengkhianatannya , tapi itu semua suka dan duka dalam persahabatan , aku terima dengan ikhlas .
Hari demi hari , exam demi exam , akhirnya sampailah ke penghujung tahun . Selesai sudah tahun pertama kami sebagai student badlishah , sebagai pelajar 1A7 , sebagai mangsa pbs dan tali persahabatan yang kami bina selama setahun ini , dengan izin DIA , aku akan cuba untuk menjaganya , walaupun ada pahitnya , biarlah itu semua menjaga memori zaman remaja aku , siapa tahu pejam celik pejam celik , esok kita sudah tua . Apa yang tinggal ? Memori jawapannya. Walaupun kini aku sudah ada kawan yang baru , tapi tidak sedetik pun aku lupakan kawan-kawan lama aku , tidak pernah sekali pun aku lupakan amaiya . Setiap saat , setiap nafas yang dihembus , di hati aku , selalu rindukan mereka , sahabat-sahabat yang ada saat aku mula mengenal erti hidup . Kalau masa boleh diputarkan kembali , aku nak kembali hidup aku yang dulu . tapi masa itu berjalan , masa itu berjalan dengan pantas tanpa sempat ucapkan selamat tinggal . Mungkin hari ini kita rindukan masa dahulu , tapi siapa tahu akan datang , masa ini lah yang kita akan rindui , jadi hargai lah masa yang kita ada sebaik mungkin bersama orang tersayang . assalamualaikum :)