Friday, January 04, 2013

Tahun Baru,Sekolah Baru :')

         Hai,assalamualaikum. Dah lama aku tak update blog. Dah habis kotor dah blog aku ni. Syuhh,syuhhh *halau habuk*..nak buat macam mana, da banyak faktor yang menghalang aku untuk online. Antaranya, yang pertama,internet tak ada dekat rumah. Aku asyik kena online guna fon ja. Hurm,jemulah aku, kalau online guna fon tak boleh nak update blog. Jadi aku tinggalkan jelah blog ni untuk sementara waktu. Faktor yang kedua,tak tahu nak update apa. Tak ada cerita yang best pun yang terjadi dalam kamus hidup aku kebelakangan ni. Jadi aku tak update lah. ^^

         Dah terkeluar tajuk nampaknya,btw,hari nie aku nak cerita tentang persekolah aku di sekolah yang baru iaitu Sekolah Menegah Kebangsaan Sultan Badlishah. Sekolah menengah ? betul ke aku dah pegang title tu sekarang nie ? Omg! btw,aku tak ready lagi nak masuk sekolah menengah. Sejujurnya, aku masih merindui Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik,walaupun sekolah tu terletak sebelah ja dengan sekolah menengah aku tapi aku rasa macam sekolah tu jauh gila dari aku. Apa boleh buat, sekolah itu bukan milik aku lagi :'(

         Yapp,hari pertama persekolah aku di SMK Sultan Badlishah..ouhhh,tersangatlah teruk. Aku benci nak ingat segala peristiwa yang berlaku pada hari pertama tu. Buat aku sakit hati ja kalau aku teringat. Sakit hati dan malu tersangat :( Aku tersesat masa nak masuk kelas masa hari pertama sekolah. Ouhh,serius buat malu ja..okay tu ja. Waktu hari kedua, erm,okay lah sikit daripada hari pertama,sekurang-kurangnya aku bolehlah melepaskan nafas lega, tetapi ada yang buruknya jugak, Jadi hari pertama dan kedua persekolah aku di sekolah itu automatik OUT dari ingatan aku. Aku tak nak ingat dah >_< btw,hari ketiga, ouhh,bestnya~ aku sendiri pun tak tahu apa yang best sangat pada hari tu,tapi apa yang pasti,aku asyik tersenyum lebar ja. Mungkin dah sesuai sikit kott dengan sekolah tu. So,aku harap sangat,semakin hari,semakin baik la nasib aku dekat sekolah baru tu. Janganlah ada kejadian yang memalukan lagi yang berlaku, AMIN !